Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Kedai kopi ruang awam penting bagi rakyat S'pura berbilang agama

Seolah-olah di sebuah kedai kopi kejiranan! Begitulah 'silap mata' bijak yang dipaparkan dalam gambar ini yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke laman Instagram beliau hari ini (20 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seolah-olah di sebuah kedai kopi kejiranan!

Begitulah 'silap mata' bijak yang dipaparkan dalam gambar ini yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke laman Instagram beliau hari ini (20 Jul).

Dalam gambar tersebut, PM Lee turut dilihat sedang 'duduk di sebuah kedai kopi dengan rakan-rakan pelbagai agama', di mana ia sebenarnya adalah sebahagian daripada lukisan dinding di Galeri Harmoni dalam Kepelbagaian.

PM Lee menambah ikrar beliau ke Pokok Harmoni. (Gambar: MCI/Terence Tan)

PM Lee turut menulis di laman Instagram beliau bahawa kedai kopi adalah ruang awam yang penting di mana rakyat Singapura yang berbilang kaum dan agama dapat bertemu dan makan bersama.

Galeri itu merupakan kerjasama antara pemerintah dan rakan-rakan masyarakat.

PM Lee bersama para anggota Pertubuhan Silang Agama (IRO). (Gambar: MCI/Terence Tan)

Pameran dengan ciri-ciri interaktif yang disertakan itu juga menekankan ciri-ciri yang dikongsi oleh rakyat dari agama yang berbeza dan pengalaman kita dalam mengekalkan dan menjaga keharmonian agama.

Awal pagi ini, PM Lee turut melakukan lawatan ke lima tempat ibadat di Telok Ayer Street, yang sudah dibangunkan sejak lebih 100 tahun yang lalu.

Ini termasuk Masjid Al-Abrar, Gereja Metodis Cina Telok Ayer dan Kuil Thian Hock Keng.

PM Lee mengadakan lawatan ke Masjid Al-Abrar. (Gambar: MCI/LH Goh)

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan