Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee gesa AP dan aktivis PAP terus dampingi penduduk

Di tengah-tengah persekitaran yang kian rumit dan tidak menentu, parti yang memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), perlu terus menjalin hubungan dengan rakyat Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 12:49PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:24PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah persekitaran yang kian rumit dan tidak menentu, parti yang memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP), perlu terus menjalin hubungan dengan rakyat Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini (19 Nov).

Semasa berucap dalam bahasa Mandarin di Konvensyen PAP, beliau berkata bahawa para Anggota Parlimen (AP) dan aktivis PAP harus terus mendampingi penduduk dan meyakinkan mereka bahawa PAP akan "bersama mereka dalam perjalanan ini".

"Terangkan kepada rakyat mengapa kita melakukan ini dan memerlukan sokongan mereka bagi dasar-dasar yang digubal," kata PM Lee. "Hanya dengan itu, PAP dapat menyatukan rakyat, menjadikan kepentingan mereka sebagai titik permulaan yang sama bagi mencapai manfaat lebih besar."

Beliau menambah, ia menjadi tanggungjawab setiap anggota PAP untuk mengutamakan rakyat, memahami dasar dan mendapatkan sokongan mereka.

"Kami hanya ada antara dua hingga tiga tahun sebelum Pilhan Raya selanjutnya," kata PM Lee. "Kalau kita inginkan mandat yang kukuh, setiap anggota harus terus bekerja keras."

PM Lee juga menekankan bahawa selama 62 tahun, PAP sudah bekerja keras untuk memenuhi keperluan para pengundi, dan bekerjasama dengan pemerintah untuk menggubal dasar-dasar yang mempertingkat mutu kehidupan rakyat.

PAP terus mendapat mandat dan kepercayaan para pengundi kerana ia selalu mengutamakan rakyat, tambah PM Lee. "Dalam dunia ini, ada pemerintah yang hanya berurusan dengan isu-isu semasa dalam tempoh penggal mereka saja," katanya. "Singapura tidak seperti itu."

"PAP mempunyai mandat yang kukuh. Dengan itu, kami mampu merancang untuk jangka panjang dalam pembangunan ekonomi, prasarana, pendidikan, jaringan keselamatan sosial dan lain-lain yang bermanfaat buat masa depan Singapura."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan