Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee: Daya penghasilan S'pura mungkin meningkat tahun ini

PM Lee menambah bahawa beliau akan menyentuh lebih banyak mengenai prasekolah, usaha membanteras kencing manis dan inisiatif negara bijak Singapura semasa ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau minggu hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee: Daya penghasilan S'pura mungkin meningkat tahun ini

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berucap di jamuan malam Hari Kebangsaan di kawasan undinya di Teck Ghee.

Diterbitkan : 13 Aug 2017 02:55PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 02:57PM

SINGAPURA: Daya penghasilan Singapura mungkin meningkat tahun ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (12 Ogos). Ini bermakna, ia mungkin mencatat pertumbuhan lebih tinggi berbanding kadar 1 peratus pada 2016.

Berucap di sebuah jamuan malam Hari Kebangsaan di kawasan undinya di Teck Ghee, Encik Lee menarik perhatian bahawa tahun 2016 adalah pertama kalinya dalam masa beberapa tahun perangkaan positif dicatat dalam daya penghasilan.

Bercakap dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris, Encik Lee menambah bahawa Singapura meraikan ulang tahun ke-52 dengan keadaan yang baik.

Ekonomi dijangka tumbuh sekitar 2.5 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding tahun lalu dan berbanding sebarang ramalan awal tahun ini.

Encik Lee menarik perhatian bahawa ini bermakna wujudnya lebih banyak pekerjaan dan gaji yang lebih lumayan walaupun lebih banyak perkara lain yang harus diusahakan.

Sebagai contoh, Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan sedang bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan dan industri-industri untuk melaksanakan Perancangan Perubahan Industri.

Para pekerja dan karyawan yang diberhentikan kerja juga sedang mendapat bantuan untuk dilatih dan dimahirkan semula melalui inisiatif SkillsFuture.

Bagaimanapun, Encik Lee menekankan mesej Hari Kebangsaan beliau bahawa walaupun Singapura berdepan dengan perkara-perkara yang memerlukan perhatian segera, ia juga harus bersiap sedia bagi masa depan.

PM Lee menambah bahawa beliau akan menyentuh lebih banyak mengenai prasekolah, usaha membanteras kencing manis dan inisiatif negara bijak Singapura semasa ucapan Rapat Hari Kebangsaan beliau minggu hadapan.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan