Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan tambang tetap ComfortDelGro cecah 100,000 tempahan dalam masa 10 hari

Sambutan baik bagi tambang tetap teksi ComfortDelGro. Jumlah tempahan mencecah 100,000 dalam masa 10 hari menyusuli pelancarannya pada 10 April, menurut syarikat pengangkutan itu pada Khamis (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan tambang tetap ComfortDelGro cecah 100,000 tempahan dalam masa 10 hari

Teksi-teksi di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 05:28PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 05:30PM

SINGAPURA: Sambutan baik bagi tambang tetap teksi ComfortDelGro. Jumlah tempahan mencecah 100,000 dalam masa 10 hari menyusuli pelancarannya pada 10 April, menurut syarikat pengangkutan itu pada Khamis (20 Apr).

Penumpang ke-100,000 yang membuat tempahan tersebut adalah Cik Neeta Ghosh, yang menerima kredit tambang bernilai S$200 dan mata teksi sebanyak 2,000.

Cik Ghosh, yang menempah teksi setiap pagi untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah, berkata beliau lebih selesa dengan pilihan tambang tetap bagi sesebuah perjalanan itu.

Pemandu teksi yang mengambil keluarga tersebut pula diberi baucar bernilai S$200. Encik Anthony Tay berkata bahawa sejak pilihan tambang tetap itu diperkenalkan, tempahannya kian meningkat - sekurang-kurangnya tiga tempahan setiap hari.

Pilihan baru tambang tetap itu, yang mesti dibuat melalui aplikasi mudah alih ComfortDelGro, mengambil kira jarak perjalanan dan menetapkan tambang berdasarkan bayaran tambahan yang sedia ada.

Apabila penumpang membuat pilihan tersebut, tiada bayaran tambahan akan dikenakan kecuali beliau menukar destinasi atau membuat perhentian tanpa dirancang ketika perjalanan.

Harga tambang juga tidak terjejas akibat kelengahan perjalanan jika berlaku kesesakan jalan raya berbanding pilihan tambang mengikut meter.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan