Piawai keselamatan pastikan bangunan tahan kebakaran
Ini termasuk peraturan ketat penyalutan, iaitu lapisan tambahan untuk menutupi bahagian luar bangunan.
SINGAPURA: Di Singapura, bangunan-bangunan direka dan dibina untuk bertahan daripada kebakaran.
Ini sejajar dengan langkah-langkah keselamatan struktur bagi mencegah kebakaran.
Ini termasuk peraturan ketat penyalutan, iaitu lapisan tambahan untuk menutupi bahagian luar bangunan.
Penggunaan salutan pada bangunan menjadi tumpuan sedang adanya laporan ia mungkin salah satu punca kebakaran dahsyat yang memusnahkan Menara Grenfell di London Rabu lalu.
Sebuah syarikat yang menyediakan khidmat penyalutan berkata, ia digunakan dengan meluas di dunia.
Lapisan di luar bangunan selalunya dibuat daripada panel plastik atau aluminium.
Gunanya untuk menghadang hujan, menghangatkan bangunan pada musim dingin dan mencantikkannya.
Struktur bangunan yang baik, ditambah dengan penyalutan, boleh membantu mencegah kebakaran daripada merebak.
Menurut laporan media, bahan plastik yang rendah mutunya digunakan di bangunan Grenfell yang terbakar.
Bahan tersebut diharamkan di Singapura.Pakar-pakar kejuruteraan mengatakan orang ramai tidak perlu cemas kerana adanya piawai keselamatan kebakaran yang tinggi di negara ini.
Contohnya semua bangunan di Singapura, termasuk rumah, dibina dengan struktur keselamatan tahan api.
Kod kebakaran juga dikemas kini dari masa ke masa. SCDF juga menjalankan pemeriksaan kerap ke atas bangunan-bangunan bagi memastikan langkah-langkah keselamatan kebakaran dipatuhi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.