Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Piawai baru bagi operasi mesin layan diri menjual makanan dilancar

 Satu piawai baru bagi operasi mesin layan diri yang menjual makanan dilancarkan hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jul 2017 07:42PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:50PM

SINGAPURA: Satu piawai baru bagi operasi mesin layan diri yang menjual makanan dilancarkan hari ini.

Dikenali sebagai TR 57, ia menyediakan panduan mengenai keselamatan dan amalan baik kebersihan makanan bagi industri layan diri.

Panduan teknikal itu dihasilkan bersama oleh Persekutuan Pengilangan Singapura dan agensi SPRING Singapore, dengan bantuan rakan-rakan industri.

Piawai rujukan teknikal itu diadakan bagi membantu syarikat-syarikat membuat perancangan dan mengendalikan mesin layan diri bagi memastikan keutuhan operasi masing-masing.

Berucap di pelancaran piawai TR 57 itu, Setiausaha Parlimen Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Cik Low Yen Ling berkata, pelancaran piawai baru tepat dengan masanya.

Ini memandangkan minat terhadap mesin makanan layan diri semakin meningkat.

Pada masa ini ada 30 syarikat yang merancang untuk memasang mesin layan diri baru dalam masa setahun ini.

Menurut Cik Lo lagi, mesin layan diri yang menjual makanan boleh memberi lebih banyak kepelbagaian dan kemudahan bagi para pengguna.

TR 57 menyediakan satu set amalan industri yang perlu dipatuhi syarikat-syarikat makanan untuk mendapatkan lesen bagi menjalankan operasi mesin layan diri.

Ia merangkumi pelbagai bidang seperti reka bentuk, kebersihan mesin dan makanan serta penyenggaraannya.
 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan