Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peta rancangan bagi suasana lebih mesra warga emas dilancar

Satu peta rancangan baru yang bertujuan mewujudkan suasana yang lebih mesra warga emas di tempat kerja dan tempat awam, bagi memastikan golongan itu kekal inklusif di dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Mar 2017 01:05AM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 01:09AM

SINGAPURA: Satu peta rancangan baru yang bertujuan mewujudkan suasana yang lebih mesra warga emas di tempat kerja dan tempat awam, bagi memastikan golongan itu kekal inklusif di dalam masyarakat.

Inilah satu daripada dua inisiatif yang dilancarkan SPRING Singapore dan Majlis Piawai Singapura untuk menyokong penuaan aktif.

Dengan Singapura menuju ke arah sebuah negara bijak, ramai yang mahu turut serta dalam arus perkembangan teknologi.

Namun ia mungkin belum menyediakan peluang sama rata untuk semua.

Inilah satu bidang yang sedang diteliti, menerusi pelancaran Peta Rancangan Piawaian Industri Warga Emas. Ia bertujuan untuk membangun dan melaksanakan piawai yang menyokong penuaan aktif dalam tiga hingga lima tahun ke depan.

Satu inisiatif yang dilancarkan hari ini (23 Mac) menyediakan satu piawaian bagi reka bentuk 'interface' atau penghubung antara pengguna dengan alat teknologi, untuk menjadikannya lebih mesra warga emas.

Misalnya, bila pengguna bertukar daripada sebuah komputer kepada alat mudah alih, saiz halaman akan berubah secara automatik untuk menjadikannya lebih mudah dibaca.

Selain itu, peta rancangan tersebut akan menetapkan piawai untuk membantu memupuk suasana kerja yang lebih inklusif.

Ini mungkin bermakna, menyesuaikan ruang-ruang pejabat bagi memenuhi keperluan berbeza pekerja lanjut usia.

Ia juga bertujuan memudahkan lagi pergerakan warga emas.

Memandang ke depan, SPRING Singapore dan Majlis Piawai Singapura akan bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah serta rakan-rakan industri untuk menyokong pembangunan produk dan perkhidmatan baru untuk warga emas.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan