Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perubatan Tradisional Cina mainkan peranan penting sedang penduduk S'pura kian menua

Institusi Perubatan Tradisional  Cina(TCM) akan memainkan peranan yang semakin penting sedang penduduk Singapura kian menua, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Perubatan Tradisional Cina mainkan peranan penting sedang penduduk S'pura kian menua

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berucap di acara makan malam amal yang menandakan ulang tahun ke-150 Institusi Perubatan Thong Chai.

Diterbitkan : 23 Sep 2017 11:45PM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 11:47PM

SINGAPURA: Institusi Perubatan Tradisional Cina (TCM) akan memainkan peranan yang semakin penting sedang penduduk Singapura kian menua, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu (23 Sep).

Berucap di acara makan malam amal sempena ulang tahun ke-150 Insititusi Perubatan Thong Chai, Encik Lee berkata TCM "akan terus menyokong sistem perubatan" di sini.

Ini terutama sekali sejak beberapa rakyat Singapura lebih banyak menggabungkan rawatan Timur dan Barat, berjumpa doktor dari kedua-dua perubatan Barat dan Cina agar dapat sembuh dengan lebih cepat, kata Encik Lee.

Berucap dalam bahasa Mandarin, Encik Lee merujuk kepada pentingnya kesihatan yang baik kerana apabila seseorang itu jatuh sakit, kehidupan mereka dan keluarga mereka terjejas dan pemerintah harus membiayai perbelanjaan bagi jagaan kesihatan yang lebih besar.

"Dengan penduduk Singapura yang pesat menua, klinik-klinik seperti Institusi Perubatan Thong Chai akan memainkan peranan lebih penting dalam membantu negara menangani cabaran ini," dedah Encik Lee.

MENINGKATKAN PIAWAI TCM

Pada bulan September, Kementerian Kesihatan mengumumkan dana tambahan bagi membangunkan dan menyokong sektor Perubatan Tradisional Cina. Ini termasuk suntikan S$5 juta sepanjang lima tahun akan datang bagi Geran Kajian TCM.

Kementerian tersebut turut mengumumkan peraturan baru yang akan menjadikannya satu tuntutan bagi para pengamal untuk mengikuti pendidikan TCM berterusan, bagi membaharui sijil amalan mereka.

Encik Lee juga menarik perhatian bahawa Institusi Perubatan Thong Chai sudah menyahut gesaan pemerintah bagi meningkatkan piawai dan memulakan beberapa kursus sedemikian. "Saya yakin usaha-usaha dari semua pihak akan membantu meningkatkan piawai keseluruhan Perubatan Tradisional Cina di Singapura dan membolehkan lebih ramai individu untuk meraih manfaat," katanya.

Meskipun Thong Chai diasaskan bagi masyarakat Cina, Encik Lee menarik perhatian bahawa institusi berkenaan memberi layanan sama rata kepada semua tanpa mengira kaum, agama atau kerakyatan. Beliau berkata ini harus dipuji, kerana ia menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih inklusif dan harmoni.

Institusi Perubatan Thong Chai, yang ditubuhkan oleh pendatang dari China pada 1867, menyediakan konsultasi dan ubat-ubatan percuma di klinik TCM miliknya.

Ibu pejabatnya terletak di Chin Swee Road dan ia mempunyai tiga lagi cawangan di Ang Mo Kio, Bedok dan Sengkang.

Secara keseluruhan, institusi tersebut memberi rawatan kepada sehingga 340,000 pelanggan setiap tahun.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan