Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertumbuhan ekonomi S'pura boleh jangkaui 3% tahun ini, kata PM Lee

Pertumbuhan ekonomi Singapura mungkin melepasi 3 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding ramalan sebelum ini iaitu antara 2 hingga 3 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 02:27PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:43PM

SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi Singapura mungkin melepasi 3 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding ramalan sebelum ini iaitu antara 2 hingga 3 peratus.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata demikian hari ini (19 Nov) di Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diadakan di Big Box yang terletak di Jurong.

Meskipun pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, isu pekerjaan masih memerlukan perhatian, dan pemerintah akan meneruskan pelan untuk menyusun semula ekonomi, kata PM Lee hari ini (19 Nov).

Berucap kepada sekitar 2,000 aktivis, beliau akur bahawa ekonomi dunia sedang bangkit semula dan Singapura sudah meraih manfaat daripada situasi ini. Beliau juga menarik perhatian kepada kadar pengangguran yang masih rendah, gaji yang kian meningkat dan lebih penting lagi, daya penghasilan turut berkembang.

Namun, beliau menekankan bahawa keadaan ekonomi bersifat kitaran, dan Singapura harus terus fokus kepada perubahan ekonomi agar dapat terus meraih pertumbuhan.

"Pekerja kita harus mempunyai kemahiran dan keupayaan yang betul, tahu bagaimana untuk mempertingkat diri, dan yakin tentang masa depan dan penyaraan hidup mereka," kata PM Lee. "Syarikat-syarikat kita perlu membuat penyesuaian, jalani peningkatan dan berdaya saing di pasaran global."

Beliau juga menekankan bahawa Majils Ekonomi Masa Hadapan giat melaksanakan saranan-saranan daripada Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE), dan ini merupakan "tugas berat".

PM Lee menambah bahawa terdapat tiga strategi utama untuk menjaga para pekerja: meningkatkan kemahiran, memadankan pekerjaan dan memberi peluang pekerjaan. Pemerintah juga menjalankan penyusunan semula untuk memberi tumpuan kepada setiap strategi tersebut.

PM Lee berkata penyusunan semula ekonomi memerlukan usaha dan ia tidak akan menjadi "perjalanan yang licin dan lancar". Namun, Singapura, katanya, pernah melakukan ini dan ia mampu melakukannya sekali lagi.

"Pemerintah akan menyokong dan membantu para pekerja dan syarikat. Selagi kita terus bersatu dan berusaha, kita mampu mencapai tahap itu."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan