Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertubuhan-pertubuhan akan perlu buang pekerja yang gagal capai prestasi, kata Khaw Boon Wan

Pertubuhan-pertubuhan akan perlu membuang para pekerja yang gagal mencapai prestasi dan gagal memperbaiki diri walaupun sudah dinasihati, menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2017 06:29PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:27PM

SINGAPURA: Pertubuhan-pertubuhan akan perlu membuang para pekerja yang gagal mencapai prestasi dan gagal memperbaiki diri walaupun sudah dinasihati, menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.

Encik Khaw yang juga Menteri Penyelaras bagi Prasarana berkata demikian dalam ucapannya di majlis penghargaan bagi sekitar 22,000 pekerja pengangkutan awam . Acara tersebut berlangsung di Bedok Town Square hari ini (14 Nov).

Merujuk kepada insiden banjir di terowong MRT bulan lalu yang digelarkannya sebagai "hari memalukan", Encik Khaw berkata bahawa perkara tersebut tidak boleh diubah "tetapi, ia diharap menjadi titik perubahan bagi SMRT, terutama sekali dalam usahanya mengubah budaya korporatnya".

Beliau berkata bahawa insiden yang berpunca daripada kegagalan sekumpulan kakitangan SMRT menjalankan tanggungjawab kerja-kerja penyelenggaraan mereka itu menjatuhkan nama baik para pekerja pengangkutan awam yang lain. "Mereka mencemarkan nama baik Singapura dan rakyat Singapura."

Namun, Encik Khaw maklum bahawa insiden tersebut juga boleh berlaku pertubuhan lain.

"Dalam setiap pertubuhan yang besar, terdapat beberapa kambing hitam. Tugas kita adalah untuk mengenal pasti mereka, menasihati mereka dan memberi mereka peluang untuk memperbaiki diri. Sekiranya mereka tidak mampu berlaku sedemikan, suruh mereka berhenti kerja."

"Apa yang kami harus lakukan adalah tidak membiarkan sahaja tindakan mereka, atau lebih teruk lagi, ikut (cara) mereka," tambahnya.

Encik Khaw juga menarik perhatian bahawa jumlah bas dan kereta api sudah naik 30 peratus hingga hampir lapan juta sepanjang lima tahun yang lalu dengan lebih 1,000 bas baru dan kereta api yang ditambah. Oleh itu, beban kerja dan permintaan turut meningkat.

"Bagi menaik taraf tenaga kerja pengangkutan awam dan meningkatkan kerjaya mereka, Akademi Kereta Api Singapura dan Akademi Bas Singapura ditubuhkan. Kerja-kerja juga sedang dijalankan untuk membangunkan Perancangan Perubahan Industri bagi sektor Pengangkutan Darat yang akan melakarkan perancangan untuk menyediakan pekerja pengangkutan awam kami untuk pekerjaan masa hadapan," tambahnya. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan