Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertembungan di Joo Koon: Jumlah meningkat kepada 38 orang cedera

Jumlah orang yang cedera dalam kes kereta api yang bertembung di stesen MRT Joo Koon meningkat kepada 38, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pertembungan di Joo Koon: Jumlah meningkat kepada 38 orang cedera

Orang ramai mengambil gambar kereta api yang langgar kereta api lain di stesen MRT Joo Koon.

Diterbitkan : 19 Nov 2017 11:21PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 11:22PM

SINGAPURA: Jumlah orang yang cedera dalam kes kereta api yang bertembung di stesen MRT Joo Koon meningkat kepada 38, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (19 Nov).

Dua kes yang mendapatkan sendiri rawatan di Hospital Ng Teng Fong pada Jumaat lalu (17 Nov), sudahpun dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan pada hari yang sama, menurut LTA.

Pihak berkuasa turut menyatakan bahawa dua orang yang dimasukkan ke dalam wad sejak Rabu lalu (15 Nov) juga dibenarkan pulang, sementara seorang lagi di Hospital Universiti Nasional "masih lagi dalam wad untuk dipantau dan SMRT terus berhubungan dengan keluarga pesakit".

Pertembungan itu, yang juga mencederakan dua pekerja SMRT, berpunca daripada masalah sofwe pada sistem isyarat Laluan Timur-Barat (EWL). Khidmat kereta api antara stesen Joo Koon dengan stesen Tuas Link digantung pada Khamis(16 Nov).

Dalam kenyataannya, LTA mengesahkan bahawa khidmat kereta api di empat stesen Tuas West Extension akan beroperasi semula pada Isnin, dan khidmat bas percuma antara stesen Joo Koon dengan Tuas Link akan dihentikan.

Bagaimanapun, Tuas West Extension, yang menggunakan sistem isyarat baru akan dipisahkan daripada EWL yang lain, yang menggunakan sistem isyarat lama.

SMRT juga menambah di Twitternya bahawa tiada khidmat kereta api antara Joo Koon dan Gul Circle buat sebulan sedang para jurutera melakukan pemeriksaan ke atas sistem isyarat.
 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan