Images
  • esm goh
    Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong. (Gambar fail: AFP/Punit Paranjpe)

Perselisihan Oxley Road "bukan legasi keluarga" peninggalan Lee Kuan Yew, kata ESM Goh

SINGAPURA: Selisih faham melibatkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan adik beradik beliau berhubung rumah mendiang bapa mereka Lee Kuan Yew di Oxley Road bukanlah legasi keluarga yang mahu ditinggalkan oleh bapa pengasas negara itu.

Demikian menurut Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong semalam (17 Jun).

ESM Goh menambah beliau menyokong "cara berhati-hati" Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean dan pemerintah menangani isu tersebut memandangkan ia melibatkan kepentingan umum.

Beliau membuat komen-komen itu menerusi catatan Facebooknya sebagai respons kepada kenyataan DPM Teo yang menjelaskan tentang penubuhan jawatankuasa menteri untuk meneliti pilihan-pilihan bagi rumah di Oxley Road itu.

Catatan penuh ESM Goh di laman Facebook adalah seperti berikut:

Saya sudah membaca kenyataan DPM Teo Chee Hean yang menjelaskan tentang penubuhan jawatankuasa menteri untuk meneliti status masa depan rumah di 38 Oxled Road.

Pada tahun lalu, beliau berkongsi dengan saya beberapa pilihan yang sedang difikirkannya. Saya menasihati beliau supaya menghormati kemahuan Lee Kuan Yew namun bersetuju ia juga seolah-olah tidak menghormati warisan kita untuk terus merobohkan rumah tersebut untuk digantikan dengan sebuah bangunan komersil atau kediaman privet yang lain.

Saya sokong cara berhati-hati DPM dan pemerintah menangani isu tersebut memandangkan ia melibatkan kepentingan umum. Beliau mengambil langkah yang betul untuk meneliti pilihan-pilihan lain menjangkaui keputusan untuk merobohkan rumah itu. Saya menyampaikan pandangan beliau kepada Lee Hsien Yang pada tahun lalu namun Lee Hsien Yang tidak bersetuju dengan kelengahan dan ketidakpastian berhubung isu merobohkan rumah tersebut.

Hubungan kekeluargaan yang sudah dijalin bertahun-tahun lamanya tidak seharusnya dileraikan disebabkan perselisihan faham ini, walaupun ia serius. Ini bukanlah legasi keluarga yang mahu ditinggalkan oleh mendiang bapa mereka.

Rakyat Singapura boleh menggesa mereka supaya menghuraikan perselisihan faham ini dengan cara yang baik, secara privet ataupun menerusi timbang tara tertutup.

- CNA/nk

Top