Persatuan Muslim SMU anjur Pesta Pelajar bagi perkukuh hubungan silang agama
Gaya hidup masyakat Muslim juga ditampilkan dalam pesta empat hari itu demi memupuk harmoni dan menangkis sebarang salah tanggapan tentang Islam.
SINGAPURA: Persatuan Muslim Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menganjurkan Pesta Pembelajaran Islam dalam usaha memperkukuh hubungan silang agama di institut itu.
Gaya hidup masyakat Muslim juga ditampilkan dalam pesta empat hari itu demi memupuk harmoni dan menangkis sebarang salah tanggapan tentang Islam.
Seni halus kaligrafi khat, antara contoh penulisan yang memiliki warisan kebudayaan Islam, dan sangat sinonim dengan masyarakat Arab Muslim.
Ia menjadi lambang kegemilangan masyarakat Islam dan antara yang ditampilkan dalam Pesta Pembelajaran Islam, Persatuan Muslim SMU.
Dari kesenian hingga ke bidang sukan, ceramah dan pameran busana, anak-anak muda yang menyertai pesta itu mahu meningkatkan pemahaman terhadap agama di sekeliling.
"Saya rasa acara ini menunjukkan sudut Islam yang berbeza. Orang ramai harus mencari dan tahu budaya agama itu dan jangan sekadar menghukum terlebih dahulu atau berprasangka tidak baik terhadap budaya agama itu," kata seorang mahasiswa SMU, Clarence Chow Kah Wai.
PELUANG DALAM MENYATUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM S'PURA
Daya inisiatif para mahasiswa SMU MS ini diharapkan dapat menarik perhatian penganut berbilang kaum dan agama untuk mengenali masyarakat Muslim dan Islam lebih dekat lagi.
"Saya rasa acara ini sangat penting. Apatah lagi pada hari ini di mana terrorisme dan radikalisme sangat lazim. Acara ini boleh memberitahu mereka dengan dalam apa agama kami iaitu Islam.
"Bukan saja itu tapi di Singapura kami dipenuhi dengan berbilang bangsa dan agama dan fasa inilah yang menyatukan kami sebagai satu masyarakat dan fasa inilah yang kita patut memupukkan dan melestarikan untuk keharmonian kaum dan agama," menurut pengajur LIFestyle SMU MS, Siti Syazwani Zainal Abidin.
Pesta Pembelajaran Islam di SMU ini berlangsung hingga lusa dengan pelbagai kegiatan seperti sukan memanah, pameran interaktif fesyen Islam dan bengkel perbincangan topik halal dari sudut makanan, hubungan dan fesyen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.