Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persatuan dagangan meterai perjanjian ke arah 'negara bebas pembaziran'

Sembilan Persatuan dan Dewan Perdagangan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menyumbang kepada sekitaran kehidupan yang lebih mampan sekali gus melonjakkan wawasan Singapura menjadi negara bebas daripada pembaziran.

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan dagangan meterai perjanjian ke arah 'negara bebas pembaziran'

Sembilan Persatuan dan Dewan Perdagangan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU). (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 06:22PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 06:25PM

SINGAPURA: Sembilan Persatuan dan Dewan Perdagangan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menyumbang kepada sekitaran kehidupan yang lebih mampan sekali gus melonjakkan wawasan Singapura menjadi negara bebas daripada pembaziran.

Perjanjian itu diterajui Persatuan Pengurusan Sisa dan Kitar Semula Singapura (WMRAS), yang bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi industri dan membangunkan projek-projek bersama serta huraian untuk mempromosikan peluang perniagaan di sektor persatuan tersebut.

Majlis menandatangani MOU itu disaksikan Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Amy Khor di acara perasmian Simposium WasteMET Asia.

"MOU ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama antara para anggota TAC dan menggalak amakan-amalan terbaik dalam pengurusan sisa dan kitar semula di semua industri," kata Dr Khor.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan WMRAS kepada 10 penerima dari industri pengurusan sisa dan kitar semula bagi kerja-kerja baik mereka serta sumbangan kepada kemampanan sekitaran.

Simposium itu turut mempamerkan hasil kerja 20 peserta yang menggunakan Internet dan robotik untuk meningkatkan lagi proses pengurusan sisa.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan