Images
  • sgsecure
    Para penduduk dilatih kemahiran pertolongan kecemasan semasa Hari Kesediaan Kecemasan di Bishan North. (Gambar: Loke Kok Fai)

Perlu kaitkan gerakan SGSecure di peringkat masyarakat

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Josephine Teo berkata walaupun mesej SGSecure difahami dengan baik dan berkesan, rakyat perlu dilibatkan untuk lebih memahami gerakan anti-pengganasan negara itu pada peringkat masyarakat.

Cik Teo berucap di luar acara Hari Persediaan Kecemasan (EP) Bishan North hari ini (13 Ogos).

Hari EP adalah satu program utama SGSecure untuk menyedarkan, melatih dan menggerakkan rakyat agar bersedia menangani masa-masa kecemasan seperti jika berlakunya serangan pengganas.

Cik Teo menambah bahawa mesej itu perlu diulang berkali-kali disebabkan keamanan yang dinikmati di Singapura.

Dengan menganjurkan acara dari segi bagaimana kita dapat bertindak apabila serangan berlaku kata Cik Teo adalah "satu cara membina tahap kesediaan penduduk".

Kira-kira 20 relawan penduduk yang terlatih menunjukkan kemahiran mereka dalam langkah-langkah kesediaan sewaktu kecemasan seperti 'Lari, Sembunyi, Beritahu' dan pertolongan cemas diubah suai apabila berada dalam serangan pengganas.

Seperti hari-hari EP sebelum ini, senario acara itu melibatkan latihan simulasi serangan pengganas oleh sekumpulan lelaki bersenjata, dan bagaimana polis dan masyarakat boleh bekerjasama dalam mengurangkan jumlah mangsa dan menangani ancaman.

Sekitar 300 penduduk menghadiri acara itu, di mana mereka boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai SGSecure dan mengaplikasikan kemahiran yang diperlukan di beberapa pondok kegiatan. 

- CNA/RU/ru

Top