Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjalanan terakhir mendiang rangkumi mercu tanda kebanggaan negara

Pengusungan jenazah mendiang Encik Lee Kuan Yew bermula 12.30 tengah hari tadi dari Bangunan Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2015 08:16PM Dikemas Kini : 29 Mar 2015 09:15PM

SINGAPURA: Pengusungan jenazah mendiang Encik Lee Kuan Yew bermula 12.30 tengah hari tadi dari Bangunan Parlimen.

Keranda diangkat dan diletakkan di atas pedati meriam khas dengan penuh istiadat penghormatan negara. Diketuai Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga, pedati memulakan perjalanan terakhir bagi mendiang Encik Lee.

Sebaik-baik sahaja keranda meninggalkan kawasan parlimen, orang ramai mula melaung-laungkan nama Encik Lee.

Sepanjang perjalanan di kawasan pusat bandar, ia melalui beberapa mercu tanda penting. Salah satunya ialah Padang - tempat Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura yang pertama. Dan beberapa hari lalu ia menjadi lambang ketabahan rakyat Singapura yang beratur panjang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Lee.

Berhampiran ialah Bangunan Dewan Bandaraya yang lama - tempat Encik Lee mengetuai rapat kemenangan bagi pemerintah PAP dalam tahun 1959.

SAF memberi penghormatan tertinggi kepada mendiang Encik Lee dengan 21 das tembakan, manakala empat jet Black Knights RSAF melakukan terbang lalu.

Perarakan kemudian melalui Raffles City, bekas tempat Raffles Institution, sekolah lama mendiang Encik Lee.

Perarakan keranda juga melepasi Esplanade, lambang perubahan dan usaha-usaha penambakan Singapura.

Dan apabila konvoi perarakan melalui Jambatan Esplanade, angkatan tentera laut pula memberi penghormatan khas kepada Encik Lee.

Satu lagi mercu tanda terkenal ialah Hotel Fullerton, dahulunya Pejabat Pos Besar.

Di tempat inilah Encik Lee pertama kali bekerja bersama kesatuan-kesatuan sekerja, berjuang untuk mendapatkan keadaan pekerjaan lebih baik bagi para pekerja pos.

Sebuah lagi tempat penting dalam sejarah perjuangan mendiang Encik Lee ialah Dewan Persidangan Singapura.Di sinilah beliau meletakkan asas bagi pergerakan buruh, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Dan ia juga menandakan perjalanan terakhir mendiang Encik Lee di kawasan pusat bandar. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan