Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjalanan percuma MRT waktu tidak sibuk dilanjutkan; Majlis Pengangkutan Awam semak skim

Percubaan bagi pas perjalanan percuma sebelum waktu sibuk dan pada waktu tidak sibuk di rangkaian kereta api Singapura sudah dilanjutkan sehingga hujung tahun 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjalanan percuma MRT waktu tidak sibuk dilanjutkan; Majlis Pengangkutan Awam semak skim

Gambar fail SMRT Trains. (Gambar: SMRT)

Diterbitkan : 23 Jun 2017 12:14PM Dikemas Kini : 23 Jun 2017 12:16PM

SINGAPURA: Percubaan bagi pas perjalanan percuma sebelum waktu sibuk dan pada waktu tidak sibuk di rangkaian kereta api Singapura sudah dilanjutkan sehingga hujung tahun 2017.

Ini sedang Majlis Pengangkutan Awam (PTC) menyemak semula skim-skim tersebut.

Demikian diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini (23 Jun).

Percubaan pas perjalanan percuma sebelum waktu sibuk dan pada waktu tidak sibuk masing-masing sepatutnya berakhir pada 30 Jun dan 4 Julai tahun ini.

Ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 dan 2015 sebagai insentif kepada mereka yang merancang perjalanan mereka menaiki pangangkutan awam pada waktu tidak sibuk, menurut MOT.

MOT menyatakan selain dua skim itu, beberapa langkah lain bagi mempertingkat keupayaan pengangkutan awam seperti tambahan laluan baru MRT, kereta api dan bas juga dilaksanakan.

Memandangkan peningkatan pada sistem kereta api dan bas awam yang dilaksanakan baru-baru ini, MOT menyatakan “sudah tiba masanya untuk (kami) menyemak semula keberkesanan dan keperluan untuk meneruskan (percubaan) itu”.

Oleh itu, MOT meminta PTC supaya menyemak semula percubaan-percubaan itu, yang akan dilakukan sejajar dengan semakan tambang lewat tahun ini dan dapatannya akan diumumkan menjelang hujung tahun ini, menurut MOT.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan