Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perenang S'pura Melanie Ho menang tempat ke-3 Swimathon Antarabangsa di M'sia

Perenang Singapura, Melanie Ho berjaya mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan Swimathon Antarabangsa Kapas - Marang 2017, bagi kategori wanita 35 tahun ke atas.

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang S'pura Melanie Ho menang tempat ke-3 Swimathon Antarabangsa di M'sia

Perenang Singapura, Melanie Ho berjaya mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan Swimathon Antarabangsa Kapas - Marang 2017. (Gambar: Melanie Ho/ Facebook)

Diterbitkan : 19 Mar 2017 06:42PM Dikemas Kini : 19 Mar 2017 06:49PM

MARANG, TERENGGANU: Perenang Singapura, Melanie Ho berjaya mendapat tempat ketiga dalam perlumbaan Swimathon Antarabangsa Kapas - Marang 2017, bagi kategori wanita 35 tahun ke atas.

Ini merupakan kali pertama Melanie muncul sebagai antara pemenang pertama, setelah tiga kali mencuba.

Pemenang tempat pertama perlumbaan acara renang sejauh 6.5 kilometer itu ialah Alexandra Evens, 62, dari Australia dengan catatan masa satu jam 48 minit 10 saat.

Peserta dari Malaysia Jessie Wong meraih tempat kedua dalam perlumbaan tersebut hari ini (19 Mac).

Melanie sempat memuat naik gambar pingat kemenangannya itu di laman Facebook beliau.

(Gambar: Melanie Ho/ Facebook)

(Gambar: Melanie Ho/ Facebook)

Dean Hancock dan Evens, kedua-duanya dari Australia, masing-masing dinobatkan juara keseluruhan kategori lelaki dan wanita.

Hancock, 48, berjaya menamatkan cabaran tersebut dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut dengan catatan masa satu jam 34 minit 10 saat.

Beliau menguasai kategori 47 tahun ke atas dengan mengalahkan pencabarnya Tsuyoshi Sawada dari Jepun di tangga kedua dan Stephen Jestico dari Australia di tangga ketiga.

Bagi kategori lelaki berumur 30 hingga 46 tahun, peserta Britain, Andrew Tebbutt dinobatkan sebagai johan, selepas menewaskan dua peserta dari Malaysia, iaitu Alvin Tam Fei Hung di tempat kedua dan Sam Ng di tempat ketiga.

Tiga peserta dari Malaysia turut menggunguli kategori lelaki 12 hingga 29 tahun apabila Estino Taniyu menewaskan dua lagi rakan senegara, disusuli Hamiza Aiman Hamid di tempat kedua dan Chua Chia Chun di tempat ketiga.

Ketiga-tiga peserta wanita dari Malaysia juga mengungguli kategori wanita 12 hingga 34 tahun dengan Yong Zhen Yi muncul juara dalam kategori itu diikuti Nur Iman Nabillah Mohamad Noor Azlan dan tempat ketiga Toh Loo Ee.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 (S$6,320) dan juara bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM1,200 (S$380).

Naib johan menerima RM800 (S$250) dan RM600 (S$190) bagi tempat ketiga.

Pertandingan itu disertai seramai 422 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Australia, Kanada, Indonesia, Jepun, Singapura, Somalia, India dan Perancis.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan