Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perbicaraan bagi pilihan raya kecil Marsiling-Yew Tee ditetapkan pada Jan 2018

Perbicaraan bagi tindakan guaman terhadap keputusan pemerintah untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee, kini ditetapkan pada Januari 2018. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perbicaraan bagi pilihan raya kecil Marsiling-Yew Tee ditetapkan pada Jan 2018

AP GRC Marsiling-Yew Tee Alex Yam, Lawrence Wong dan Ong Teng Koon bersama Puan Halimah Yacob. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 11:19PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 11:32PM

SINGAPURA: Perbicaraan bagi tindakan guaman terhadap keputusan pemerintah untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee, kini ditetapkan pada Januari 2018.

Demikian menurut Parti Demokratik Singapura (SDP) dalam satu kenyataan di lamannya pagi tadi (13 Nov).

Ini ditetapkan semasa sidang praperbicaraan yang diadakan pada pagi Isnin, menurut SDP, sambil mendedahkan bahawa ia juga memutuskan bahawa ia "tidak akan terlibat dalam isu tersebut".

Parti itu memfailkan tuntutan guaman di Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang mencabar keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil selepas terdapat tempat kosong bagi GRC empat anggota itu. Ini apabila Presiden Halimah Yacob melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen untuk bertanding sebagai Presiden.

Menurut SDP, Peguam Negara menolak penglibatan parti itu menjadi sebahagian daripada tindakan tersebut kerana, menurutnya, parti tersebut tidak mempunyai kewibawaan dalam isu tersebut.

"Untuk tidak merumitkan prosiding dan melambatkan proses itu, SDP bersetuju untuk mengundurkan diri dari tindakan tersebut," dedah parti berkenaan dalam kenyataannya.

Ini meninggalkan Dr Wong Souk Yee, penduduk di GRC itu dan penolong bendahari SDP, sebagai satu-satunya plaintif dalam isu itu, menurut SDP.

"Pengunduran itu tidak merubah inti pati tindakan guaman tersebut," tegas SDP. "Kedudukan kami adalah bahawa PAP mesti mematuhi perlembagaan dan semangat demokrasi dengan memastikan bahawa AP yang mengosongkan kerusinya harus diganti oleh seorang lagi AP melalui pilihan raya kecil.

"Oleh itu, SDP akan menyokong Dr Wong dalam tindakan beliau," dedahnya.

Dr Wong memfailkan afidavit pada bulan September yang menyatakan bahawa dengan pelepasan jawatan Puan Halimah, kawasan undi itu tidak akan diwakili sepenuhnya di Parlimen sehingga pilihan raya umum seterusnya jika pilihan raya kecil tidak diadakan.

Tambahan itu, ia menyatakan bahawa ini bermakna GRC juga akan diwakili AP dari kaum minoriti yang dipilih bagi mewakili penduduk minoritinya.

Dr Wong juga mendedahkan dalam afidavitnya bahawa jika pilihan raya kecil diadakan, beliau akan bertanding di bawah tiket SDP, menurut parti tersebut.

Pihak pendaftar akan menetapkan tarikh bagi penyerahan bertulis untuk difailkan sebelum pembicaraan, dedah SDP.

Tiga AP yang masih berkhidmat di GRC Marsiling-Yew Tee selepas pelepasan jawatan Puan Halimah - Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, Encik Ong Teng Koon dan Encik Alex Yam - menyatakan mereka akan menggantikan sesi bertemu rakyat Puan Halimah secara bergilir-gilir di kawasan undi Marsiling.

Encik Zaqy Mohamad, AP dari GRC Chua Chu Kang, dilantik menjadi penasihat bagi pertubuhan akar umbi di GRC Marsiling-Yew Tee. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan