Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peralatan industri bijak dilancar bagi manfaat potensi Industri 4.0

Indeks yang bertindak sebagai alat diagnostik bagi membantu syarikat memanfaatkan potensi Industri 4.0 dirasmikan pada Isnin (13 Nov) oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dengan kerjasama TÜV SÜD.

Anggaran Waktu Membaca:
Peralatan industri bijak dilancar bagi manfaat potensi Industri 4.0

Seorang pekerja di sebuah kemudahan pengilangan di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 05:50PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 05:56PM

SINGAPURA: Indeks yang bertindak sebagai alat diagnostik bagi membantu syarikat memanfaatkan potensi Industri 4.0 dirasmikan pada Isnin (13 Nov) oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dengan kerjasama TÜV SÜD.

Diberi nama Indeks Kesediaan Industri Bijak Singapura, alat ini akan membolehkan syarikat dari berbilang industri untuk menilai keadaan sedia ada kemudahan mereka, lebih memahami konsep Industri 4.0 dan menentukan hala tuju rancangan perubahan industri.

Ia merangkumi tiga lapisan utama, iaitu proses, teknologi dan penyusunan, yang kemudian dibahagikan kepada lapan tumpuan khusus.

Sebagai contoh, di bawah teknologi, syarikat mesti menimbangkan bidang seperti automasi, ketersambungan dan pengumpulan maklumat.

Lapan tumpuan khusus itu kemudian dibentangkan bagi 16 dimensi penilaian, yang mewakili bahagian utama yang harus dipertimbangkan syarikat.

Satu matriks penilaian kemudian digunakan bagi menilai proses, sistem dan struktur sedia ada, di mana syarikat juga diberikan langkah-langkah perantaraan yang diperlukan untuk tterus maju.

Penolong Pengarah Urusan EDB Lim Kok Kiang berkata: "Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan daya saing sektor pengeluaran Singapura , Indeks itu memberikan rangka kerja bersama bagi semua syarikat untuk ikut serta, dan meraih manfaat daripada Industri 4.0."

Indeks tersebut mendapat rujukan daripada rangka kerja RAMI 4.0, dan ini disahkan oleh panel penasihat yang dianggotai 21 ahli akademik dan pakar industri. Dr Ing Axel Stepken, Pengerusi Lembaga Pengurusan, TÜV SÜD menyatakan indeks berkenaan adalah alat Industri 4.0 pertama di dunia yang dibangunkan oleh pemerintah bagi perubahan sektor industri di seluruh negara.

"Diselaraskan dengan Industri 4.0 dan inisiatif pengilangan global lain, ia berpotensi mencapai piawai global bagi masa depan pengilangan," dedahnya.

Bagi membantu syarikat memahami dan menggunakan Indeks itu, EDB dan TÜV SÜD akan menganjurkan empat bengkel dalam masa beberapa bulan akan datang, di mana syarikat-syarikat perusahaan boleh mendaftar dan menghadirinya secara percuma.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan