Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PepsiCo buka loji bernilai S$130 juta di S’pura

PepsiCo membuka sebuah loji pekatan bernilai AS$93 juta (S$130 juta) di Singapura pada Khamis (27 Apr), yang akan menghasilkan dan membekalkan pekatan minuman bagi lebih 1 bilion pengguna bagi 20 pasaran di rantau Asia Pasifik.

Anggaran Waktu Membaca:
PepsiCo buka loji bernilai S$130 juta di S’pura

Terletak di Jurong, kemudahan baru itu akan menghasilkan beratus-ratus pekatan minuman bagi jenama-jenama seperti Pepsi, 7Up dan Mountain Dew.

Diterbitkan : 28 Apr 2017 08:23AM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 08:28AM

SINGAPURA: PepsiCo membuka sebuah loji pekatan bernilai AS$93 juta (S$130 juta) di Singapura pada Khamis (27 Apr), yang akan menghasilkan dan membekalkan pekatan minuman bagi lebih 1 bilion pengguna bagi 20 pasaran di rantau Asia Pasifik.

Kemudahan baru seluas 20,000 meter persegi itu, iaitu loji PepsiCo yang ke-12 di dunia, akan menjadi yang pertama menyediakan khidmat kepada pasaran pan-Asia. Tiga lagi loji PepsiCo seumpama itu di Asia, terletak di Pakistan, India dan China, yang menghasilkan hanya untuk pasaran dalam negeri.

Ia juga adalah yang pertama dibangunkan di Singapura bagi syarikat gergasi tersebut.

Terletak di Sunview Way di Jurong, kemudahan baru itu akan menghasilkan beratus-ratus pekatan minuman bagi jenama-jenama seperti Pepsi, 7Up, Mountain Dew, serta beberapa jenama minuman tidak bergas syarikat tersebut termasuk Gatorade dan Tropicana.

Sebelum penubuhannya di Singapura itu, pekatan minuman yang digunakan oleh syarikat-syarikat perbotolan PepsiCo di Asia diimport dari Ireland, menurut Presiden Asia Pasifik syarikat tersebut, Adel Garas.

Kemudahan baru di Singapura itu, yang memakan masa 18 bulan untuk dibina, akan menggalak penjimatan kos dan kecekapan logistik.

Beberapa faktor lain bagi menempatkan kilang itu di Singapura termasuk sekitaran yang mendukung bidang perniagaan dan kelompok bakat yang berkemahiran, iaitu pertimbangan utama bagi penghasilan pekatan tersebut, menurut Encik Garas.

Ia menggajikan 90 kakitangan - termasuk saintis, jurutera, pakar rantaian bekalan dan teknisyen pemantau perisa - di mana lebih 65 peratus adalah rakyat SIngapura, menurut syarikat tersebut.

PepsiCo juga mengambil lebih 120 pekerja lain di Singapura bagi mengendalikan aspek-aspek perniagaan lain, termasuk penjualan dan pemasaran.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan