Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penuntut Politeknik S'pura cipta alat menarik huraikan masalah kehidupan harian

Lebih ramai penuntut bidang kejuruteraan Politeknik Singapura (SP) menjalani pendedahan amali di syarikat-syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Dec 2016 07:49PM Dikemas Kini : 29 Dec 2016 10:29PM

SINGAPURA: Lebih ramai penuntut bidang kejuruteraan Politeknik Singapura (SP) menjalani pendedahan amali di syarikat-syarikat.

Sekitar 30 peratus projek yang akan dipamerkan semasa Pameran Kejuruteraan SP tahun ini, ada kaitan dengan industri, peningkatan daripada 20 peratus, berbanding tahun 2013.

Ia bermakna lebih ramai penuntut mempunyai peluang untuk menangani masalah-masalah sebenar kehidupan, dengan sesetengah daripada mereka mungkin melihat projek-projek mereka dibentangkan pada skala lebih besar.

ALAT GAGALKAN KECURIAN BASIKAL

Kecurian basikal menjadi satu keprihatinan dengan sekitar 770 basikal dicuri pada sembilan bulan pertama, tahun ini.

Bagi membantu menangani masalah tersebut, satu alat yang dihasilkan para penuntut SP akan membunyikan penggera yang boleh membantu menggagalkan sebarang percubaan mencuri.

Satu mesej juga akan dihantar kepada pemilik basikal, dan sekiranya si pencuri berjaya mencuri basikal, penjejak GPS di dalam alat yang dicipta itu berupaya membantu si pemilik mengesan basikalnya.

Syarikat keselamatan runcit, Adsec Singapore, sedang meninjau kemungkinan memasarkan produk itu.

Menurut Adsec Singapore, inovasi sedemikian menggalak penggunaan basikal kerana ia memberi para penunggang ketenangan minda.

Ia berharap alat itu dapat dijual, dalam masa setahun.

KEBUN BERPUTAR MUDAHKAN WARGA TUA

Sementara itu, usaha juga sudah dijalankan bagi melaksanakan projek kebun berputar di sebuah pusat jagaan warga emas, menjelang Februari depan.

Para penuntut SP bekerjasama dengan pusat itu untuk membangunkan kebun bertingkat bagi memudahkan golongan warga emas bercucuk tanam tanpa risiko mencederakan tulang belakang mereka.

Salah seorang penyelia projek itu berkata amat berfaedah bagi para penuntut untuk belajar menyelesaikan masalah-masalah sebenar kehidupan.

Sedang kebun dalam bandar menjadi semakin popular, para pelajar SP berharap huraian pada masalah perkebunan yang dihasilkan oleh mereka boleh digunakan di estet-estet HDB kelak.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan