Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di PIE
Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di PIE dekat susur keluar Dunearn Road, pada pagi Selasa (8 Ogos).
SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di PIE berhampiran susur keluar Dunearn Road, pada pagi Selasa (8 Ogos).
Menurut pihak berkuasa, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.25 pagi, dan mengerahkan ambulans ke tempat kejadian. Seorang lelaki yang berusia 30-an tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam satu kenyataan yang berasingan, pihak polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang nahas yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal.
Penunggang motosikal yang berumur 31 tahun ditemui terbujur di jalan raya sebelum anggota paramedik mengesahkan bahawa beliau sudah meninggal dunia.
Siasatan masih dijalankan.
Mediacorp difahamkan bahawa terdapat sekeping papan kayu di jalan raya, dan penunggang motosikal itu melanggar kayu tersebut.
Beliau gagal mengawal motosikalnya, dan tercampak ke pembahagi jalan di ekspreswe. Beliau kemudiannya dilanggar kereta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.