Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal 30 tahun maut di Pasir Panjang

Seorang penunggang motosikal maut akibat satu kemalangan melibatkan sebuah lori jongket di Pasir Panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal 30 tahun maut di Pasir Panjang

Petikan skrin video oleh ShC!fiq Kanncong‎ menerusi Facebook.

Diterbitkan : 22 May 2017 10:56AM Dikemas Kini : 22 May 2017 11:03AM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal maut akibat satu kemalangan melibatkan sebuah lori jongket di Pasir Panjang.

Menurut polis, nahas itu berlaku pada awal pagi tadi (22 Mei).

Pihak polis dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku di Harbour Drive menuju ke Pasir Panjang Drive, sekitar 5.45 pagi.

Mangsa seorang lelaki berusia 30 tahun dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Polis sedang menjalankan siasatan ke atas nahas tersebut.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan