Penunggang motosikal 23 tahun maut dalam nahas di SLE
Bagaimanapun, penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, kata polis.
SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 23 tahun maut dan pemboncengnya yang berusia 22 tahun cedera akibat kemalangan di Lebuh Raya Seletar (SLE).
Kemalangan itu berlaku pada petang Ahad (10 Sep).
Mediacorp difahamkan bahawa motosikal tersebut merempuh bahagian belakang sebuah kereta yang bergerak.
Polis dimaklumkan tentang kemalangan di SLE menghala Lebuh Raya Bukit Timah (BKE) itu pada sekitar jam 1.30 tengah hari.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), degupan jantung penunggang motosikal itu sudah berhenti dan bantuan pernafasan CPR dilakukan semasa dalam perjalanan ke Hospital Khoo Teck Phuat (KTPH).
Bagaimanapun, penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, kata polis.
Menurut SCDF, pembonceng motosikal itu dalam keadaan sedar semasa dibawa ke KTPH, dan mengalami luka-luka di tangan kirinya.
Siasatan polis sedang dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.