Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang e-basikal parah dalam kemalangan di New Upper Changi Rd

Seorang lelaki berusia 62 tahun yang menunggang basikal elektrik cedera hari ini (18 Okt) selepas bertembung dengan sebuah kereta pada awal pagi di Bedok North Avenue 3.

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang e-basikal parah dalam kemalangan di New Upper Changi Rd

Gambar fail sebuah basikal elektronik. (Gambar: S Shiva)

Diterbitkan : 18 Oct 2017 05:02PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 05:04PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang menunggang basikal elektrik cedera hari ini (18 Okt) selepas bertembung dengan sebuah kereta pada awal pagi di Bedok North Avenue 3.

Beliau dikejarkan ke Hospital Besar Changi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke dalam wad. Kecederaannya belum lagi jelas.

Mediacorp difahamkan, pemandu kereta Toyota berwarna hitam itu seorang rakyat Singapura berusia 40-an tahun, yang sedang dalam perjalanan menghala ke New Upper Changi Road.

Beliau dipercayai sedang memandu di lorong paling kanan apabila lelaki tua itu melanggarnya dari arah kanan.

Jumlah kemalangan membabitkan e-basikal yang meningkat, menjadi tumpuan sejak beberapa tahun ini.

Pada Ogos lalu, Song Chee Keong, seorang pejalan kaki berusia 78 tahun maut dua hari selepas insiden langgar lari yang melibatkan e-basikal di Jalan Bukit Merah. Seorang lelaki berusia 49 tahun diberkas menyusuli insiden yang membawa maut itu. Dia boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda.

Oktober tahun lalu pula, dua penunggang e-basikal, Ang Yee Fond berusia 25 tahun dan Ong Zi Quan berusia 18 tahun, maut selepas sebuah lori treler melanggar mereka di West Coast Highway berdekatan Pandan Cresent. Penunggang e-basikal ketiga Marcus Loke, berusia 17, pula dikejarkan ke hospital akibat cedera parah.  

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan