Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang van Johor merosot selepas yuran pelajar asing dinaikkan

Jumlah pelajar yang berulang-alik antara Johor dengan Singapura merosot sebanyak 15 peratus sejak beberapa tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang van Johor merosot selepas yuran pelajar asing dinaikkan

Murid-murid sedang menaiki bas sekolah di Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 06:40PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 06:41PM

KUALA LUMPUR: Jumlah pelajar yang berulang-alik antara Johor dengan Singapura merosot sebanyak 15 peratus sejak beberapa tahun lalu.

Demikian menurut para penyedia khidmat van sekolah seperti yang dipetik oleh satu laporan.

Akhbar The Star melaporkan syarikat Superman School Van menyatakan sebelum ini ia mengambil lebih 400 pelajar menaiki 26 bas setiap hari, namun jumlah tersebut merosot sebanyak 15 peratus sejak beberapa tahun lalu.

Encik Quek Kim Chuah, yang mengendalikan van sekolah Doraeman berkata sebelum ini lebih 100 pelajar dari pelbagai daerah di Johor Bahru menggunakan khidmatnya untuk ke Singapura, tetapi kini jumlahnya merosot kepada sekitar 90 pelajar sahaja.

"Punca utama ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka bersekolah di Singapura adalah disebabkan kadar pertukaran mata wang yang tinggi dan yuran sekolah yang disemak semula setiap dua tahun, dianggap menyukarkan untuk mereka menanganinya kewangan," beliau dipetik sebagai berkata demikian.

Yuran sekolah di Singapura bagi Penduduk Tetap (PR) dan pelajar antarabangsa akan dinaikkan bertahap-tahap setiap tahun mulai 2018 sehingga 2020.

Kerajaan Johor menyatakan negeri itu kini menawarkan pendidikan swasta dan antarabangsa supaya warga Malaysia tidak perlu menghantar anak-anak mereka bersekolah di seberang tambak.

"Kini kami mempunyai 16 sekolah antarabangsa yang menawarkan pendidikan sekolah rendah dan menengah di negeri ini, yang kebanyakannya terletak di kawasan Iskandar Malaysia," Pengerusi Jawatankuasa Negeri Johor bagi Sekitaran Kesihatan, Pendidikan dan Maklumat Ayub Rahmat memberitahu The Star.

"Selepas selesai pendidikan peringkat rendah dan menengah, para pelajar boleh memilih untuk melanjutkan pengajian mereka ke sembilan institusi bertaraf tinggi di EduCity yang terletak di tengah-tengah Iskandar Malaysia," tambah beliau.

EduCity dilaporkan menawarkan pelbagai kursus dari perubatan ke maklumat, komunikasi dan teknologi.  

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan