Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang Grab berpeluang dapat edisi terhad boneka Hello Kitty

Kalau anda peminat setia Hello Kitty, mungkin promosi Grab terbaru ini akan menawan hati anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang Grab berpeluang dapat edisi terhad boneka Hello Kitty

(Gambar: Grab)

Diterbitkan : 12 Oct 2017 08:42PM Dikemas Kini : 12 Oct 2017 08:46PM

SINGAPURA: Kalau anda peminat setia Hello Kitty, mungkin promosi Grab terbaru ini akan menawan hati anda untuk menggunakan perkhidmatan mereka.

Ini kerana syarikat tempahan teksi dan kereta sewa privet, Grab, bekerjasama dengan syarikat Sanrio - syarikat di sebalik watak Hello Kitty, Keroppi dan Little Twin Stars - untuk melancarkan sebuah set edisi terhad boneka Hello Kitty.

(Gambar: Grab)

Mulai Isnin depan (16 Okt) hingga 12 November, pengguna boleh menyertakan kod bagi khidmat GrabHitch, GrabShare dan JustGrab. Setiap minggu, para pengguna berpeluang memenangi salah satu boneka dari edisi terhad itu.

Setelah memasukkan kod, pengguna harus membuat pembayaran menggunakan kaedah GrabPay untuk melayakkan diri dalam cabutan ini. 1,000 boneka Hello Kitty boleh dimenangi setiap minggu.

Tiga lagi boneka lain untuk edisi ini akan diumumkan Grab di platform media sosialnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan