Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang alami kelengahan di Laluan Downtown disebabkan gangguan isyarat

Para penumpang di Laluan Downtown terjejas oleh kelengahan semasa waktu sibuk sebelah petang pada Selasa (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang alami kelengahan di Laluan Downtown disebabkan gangguan isyarat

Para penumpang dalam kereta api yang berhenti di stesen Telok Ayer. (Gambar: @_DANamic/Twitter)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 09:10PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 09:11PM

SINGAPURA: Para penumpang di Laluan Downtown terjejas oleh kelengahan semasa waktu sibuk sebelah petang pada Selasa (12 Dis).

Beberapa penumpang menulis dalam catatan di Twitter bahawa mereka mengalami kelengahan antara 10 hingga 15 minit di beberapa stesen di Laluan Downtown menghala ke Bukit Panjang, termasuk stesen Promenade, Tampines East, MacPherson, Chinatown dan Newton.

Dalam pemberitahuan yang dikirimkan daripada aplikasi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) MyTransport pada 7.26 malam, para penumpang dimaklumkan mereka boleh menjangkakan "masa perjalanan tambahan selama 10 minit di Laluan Downtown disebabkan gangguan isyarat".

Masalah tersebut berlaku di stesen Tampines, menurut pengendali kereta api SBS Transit dalam catatannya di laman Twitter pada sekitar 7.45 malam.

Pada 8.13 malam, ia turut menulis dalam catatan di Twitter bahawa laluan kereta api itu sudah kembali beroperasi seperti sedia kala.

Seorang penumpang melaporkan pengumuman dibuat apabila kereta api berhenti di stesen Telok Ayer: "Kereta api ini akan berhenti di sini buat seketika. Kami meminta maaf atas kelengahan ini."

Beberapa penumpang juga mengatakan kereta api mereka berhenti lebih lama dari biasa di beberapa stesen. Apabila kereta api itu kembali bergerak, ia "berhenti" lagi di stesen selanjutnya, menurut mereka.

LTA sebelum ini menekankan pengendali kereta api perlu memaklumkan kepada penumpang tentang sebarang kelengahan melebihi 10 minit selepas menerima maklum balas penumpang tentang pengumuman pengendali kereta api itu semasa kelengahan khidmat.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan