Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penolong pengurus dijel 20 bulan kerana rasuah

Seorang bekas penolong pengurus penjualan dipenjara 20 bulan dan diarahkan supaya membayar denda sebanyak S$274,666.70 kerana mengambil rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Penolong pengurus dijel 20 bulan kerana rasuah

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 23 May 2017 01:56PM Dikemas Kini : 23 May 2017 02:01PM

SINGAPURA: Seorang bekas penolong pengurus penjualan dipenjara 20 bulan dan diarahkan supaya membayar denda sebanyak S$274,666.70 kerana mengambil rasuah, pada Selasa (23 Mei), menurut kenyataan dari Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Dalam satu kenyataan media, CPIB mendedahkan bahawa Lu Sang, rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap Singapura yang berusia 36 tahun, adalah bekas penolong pengurus penjualan di HMLY semasa dia didakwa pada 2015 dengan pelbagai tuduhan menerima wang sogok daripada tiga syarikat pembekal.

Pada Selasa (23 Mei), Lu didapati bersalah atas 24 tuduhan:

- Satu tuduhan melibatkan rasuah sebanyak S$1,300 dari Encik Lee Fon Hian, pengarah Laser Printing Industries, melalui Encik Ng Peoy Leong Donovan yang merupakan eksekutif penjualan Laser Printing Industries, bagi memastikan syarikat itu terus mendapat kontrak dari syarikat Lu Sang.

- Dua tuduhan mendapatkan wang sogok S$4,291.20 daripada Encik Lee Fon Hian, melalui pengurus pemasaran syarikat itu, Encik Loo Hui Khoon, juga bagi tujuan yang sama.

- Lapan tuduhan menerima rasuah S$99.737 dari Encik Lee Fon Hian bagi tujuan yang serupa

- 12 tuduhan rasuah berjumlah tidak lebih daripada $147,721 dari Encik Lee Kai Hiong, pengarah Union Label Industries, melalui eksekutif penjualan Encik Toh Kim Yang Eden, bagi tujuan memajukan perniagaan syarikat itu.

- Satu tuduhan menerima rasuah yang berjumlah S$8,617.50 dari pengarah HDL X-Print Encik Lim Siew Mui, menerusi isteri tertuduh Tan Huiru, atas tujuan yang sama.

"Singapura tidak bertolak-ansur terhadap rasuah. CPIB memandang serius terhadap sebarang amalan rasuah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan sedemikian," menurut kenyataan tersebut. 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan