Images
  • private estate
    Gambar fail. (Gambar: TODAY)  

Penjualan rumah privet merosot pada bulan Jun dengan pelancaran hartanah lebih rendah

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru merosot pada bulan lalu kerana kurang projek yang dilancarkan pada tempoh cuti sekolah bulan Jun.

Demikian menurut perangkaan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (17 Jul).

Tidak termasuk kondominuim eksekutif (EC), pemaju hartanah menjual 820 unit pada bulan Jun. Meskipun ini merupakan kemerosotan 21 peratus daripada 1,039 unit yang dijual pada bulan Mei, ia naik 52.9 peratus dari tahun lalu, apabila pemaju hartanah menjual 536 unit.

Pemaju hartanah melancarkan hanya 159 unit pada bulan Jun tahun ini.

Sebanyak 370 unit dilancarkan pada bulan Mei manakala 1,616 unit dilancarkan pada bulan April.

Termasuk EC, sebanyak 1,064 rumah dijual pada bulan Jun, turun daripada 1,416 unit pada bulan Mei. Tiada unit EC baru dilancarkan pada bulan Jun.  

- CNA/fa

Top