Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penipuan penyamaran emel semakin meningkat, tegas polis

Jumlah penipuan melibatkan alamat emel palsu semakin meningkat, dengan para mangsa diperdaya supaya memindahkan wang kepada akaun bank asing untuk pembayaran urus niaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Penipuan penyamaran emel semakin meningkat, tegas polis

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2017 07:25PM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 07:29PM

SINGAPURA: Jumlah penipuan melibatkan alamat emel palsu semakin meningkat, dengan para mangsa diperdaya supaya memindahkan wang kepada akaun bank asing untuk pembayaran urus niaga.

Setakat ini bagi tahun 2017, lebih 110 aduan polis dibuat terhadap penipuan penyamaran emel, satu kenaikan sekitar 20 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut polis hari ini (22 Jun).

Bagaimanapun, jumlah wang yang diraih golongan penipu berkurangan: Sejauh ini lebih S$13 juta ditipu daripada para mangsa melalui jenis penipuan sedemikian tahun ini, berbanding sekitar S$15 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2016.

Kes-kes itu biasanya melibatkan perniagaan yang mempunyai urusan di luar negara dan menggunakan emel sebagai wadah utama berkomunikasi, tambah polis.

Polis menyatakan perniagaan-perniagaan terjejas dengan penipuan sebegitu harus menghubungi bank mereka serta merta untuk memulangkan dana yang dipindahkan.

Polis menggesa sesiapa yang mahu memberi sebarang maklumat berkaitan jenayah sebegitu agar menghubungi hotline polis di 1800-255-0000 atau diberi secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Mereka yang memerlukan bantuan polis dengan segera boleh menghubungi 999.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan anti-penipuan di 1800-722-6688 atau ke laman www.scamalert.sg. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan