Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengkaji NUS cipta cecair jadikan skrin tingkap penapis PM2.5

Para pengkaji di Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah menghasilkan satu huraian yang mesra alam dan berkesan kos untuk melindungi diri daripada partikel-partikel PM2.5 - bahan berbahaya dalam udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2017 05:40PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 11:45PM

SINGAPURA: Para pengkaji di Universiti Nasional Singapura (NUS) sudah menghasilkan satu huraian yang mesra alam dan berkesan kos untuk melindungi diri daripada partikel-partikel PM2.5 - bahan berbahaya dalam udara.

Bahan cecair itu dihasilkan dengan mengubah phthalocyanine, kompaun kimia yang biasanya digunakan dalam pewarna untuk pakaian. Apabila bahan cecair tersebut diletakkan pada jaringan yang tidak ditenun dan dibiarkan kering semalaman, ia menjadi penapis udara yang berupaya mengeluarkan sehingga 90 peratus partikel PM2.5, kata para pengkaji.

Semasa menjalankan ujian, para pengkaji juga mendapati bahawa bahan penapis udara tersebut membolehkan pengalihan udara yang dua setengah kali lebih baik berbanding pelitup-pelitup N95 yang dijual di pasaran sekarang ini.

Penolong Profesor Tan Swee Ching, yang memimpin pasukan kajian itu, berkata penapis-penapis udara kecekapan tinggi biasanya tidak sesuai diletakkan pada pintu dan tingkap kerana memerlukan pelbagai lapisan mikrogentian dan nanogentian, justeru kelutsinarannya terhad.

"Penapis udara yang lutsinar yang dihasilkan menerusi kaedah kami berpotensi digunakan untuk mempertingkatkan mutu udara di dalam rumah atau bangunan dan boleh berguna untuk negara-negara yang mengalami jerebu atau tahap pencemaran yang tinggi," katanya.

Para pengkaji berkata meletakkan bahan cecair tersebut pada jaringan tidak ditenun, untuk diletakkan pada tingkap, adalah huraian yang mesra alam berbanding alat pembersih udara yang menggunakan bekalan tenaga untuk beroperasi.

Pasukan NUS sudah memfailkan paten untuk ciptaan mereka itu dan berkata mereka akan menimbangkan untuk menambah lebih banyak fungsi seperti ciri-ciri anti-bakteria.

Ciptaan mereka mungkin akan dijual di pasaran dalam setahun hingga dua tahun jika pasukan itu mendapatkan kerjasama industri. Oleh kerana ia tidak memerlukan kelengkapan khas untuk dihasilkan, para pengkaji berkata mereka tidak menjangkakan kos komersilnya akan menelan belanja yang tinggi.

Dalam jangka panjang, mereka berharap untuk mencipta kit hasil sendiri (DIY) bagi para pengguna menghasilkan penapis udara mereka sendiri di rumah.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan