Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengasas 99.co bertegas syarikatnya bukan pemilik aplikasi Xpressor

CEO portal hartanah online 99.co sudah memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi semalam (22 Sep) dan menafikan kesemua tuduhan yang dibuat oleh Property Guru, yang memfailkan saman terhadap 99.co atas dakwaan bahawa 99.co melanggar hak ciptanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas 99.co bertegas syarikatnya bukan pemilik aplikasi Xpressor

Petikan skrin laman sawang PropertyGuru dan 99.co

Diterbitkan : 23 Sep 2017 08:51AM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 08:56AM

SINGAPURA: CEO portal hartanah online 99.co sudah memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi semalam (22 Sep) dan menafikan kesemua tuduhan yang dibuat oleh Property Guru, yang memfailkan saman terhadap 99.co atas dakwaan bahawa 99.co melanggar hak ciptanya.

Pada hari ketiga pembicaraan, pengasas bersama dan CEO 99.co Darius Cheung diperiksa balas oleh peguam PropertyGuru, Sathinathan Karuppiah.

Pemfailan tersebut melibatkan aplikasi mudah alih Xpressor, di mana PropertyGuru menuduh 99.co menggunakan aplikasi tersebut untuk menggalak para ejen hartanah supaya melanggar dasar-dasar PropertyGuru.

Aplikasi tersebut yang dilancarkan pada Jun 2015 membolehkan para ejen hartanah untuk mendaftarkan hartanah-hartanah yang sudah diiklankan di PropertyGuru, disenaraikan juga di 99.co.

Encik Cheung berkata 99.co tidak memiliki aplikasi tersebut dan ia sebaliknya dimiliki oleh Media Publishing Group MPG, iaitu syarikat induk Xpressor.

Beliau menambah bahawa 99.co hanya membeli Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi Xpressor atau API, dan kemudian menggunakanya untuk membangunkan dan menyenggarakan aplikasi Xpressor, namun hak ciptanya masih lagi milik MPG.

Encik Karuppiah turut menyoal Encik Cheung mengapa aplikasi Xpressor hanya boleh memindahkan senarai dan gambar dari PropertyGuru ke 99.co.

CEO itu menegaskan bahawa beliau "saling bersetuju" dengan pengarah MPG, Michael Koh, yang mengatakan bahawa "keutamaan" akan diberikan kepada penyenaraian PropertyGuru untuk dimuat naik ke laman 99.co, namun mereka mempunyai rancangan untuk mengembangkan aplikasi itu dan membenarkan para ejen memuat naik senarai hartanah ke laman web yang lain.

Namun, aplikasi Xpressor akhirnya dikeluarkan daripada Google Play store dan Apple App Store pada Januari 2016 sebelum 99.co dan MPG boleh berbuat demikian.

Pembicaraan itu akan diteruskan Selasa ini.

LAPORAN BERKAITAN:

 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan