Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pengarah syarikat didenda $100,000, dipenjara kerana salah guna skim PIC

Seorang pengarah syarikat didapati bersalah mengisytiharkan maklumat palsu di bawah skim Kredit Daya Penghasilan dan Inovasi (PIC).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah syarikat didenda $100,000, dipenjara kerana salah guna skim PIC

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 05:49PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 05:50PM

SINGAPURA: Seorang pengarah syarikat didapati bersalah mengisytiharkan maklumat palsu di bawah skim Kredit Daya Penghasilan dan Inovasi (PIC).

Demikian menurut Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (IRAS) hari ini (20 Jul).

Selladorai Dharmalingam, seorang pengarah Al Bright Construction, didenda $3,500 dan $100,922.40 - seganda jumlah agihan tunai yang diperolehi secara haram - dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu.

Menurut IRAS, dia meluluskan borang-borang penyerahan untuk menuntut $50,461.20 dalam bentuk agihan tunai PIC dan $15,000 dalam bonus PIC bagi pembelian sebuah kren elektrik berharga $84,102. Syarikat itu kemudian menerima agihan dan bonus tunai PIC.

Namun begitu, menurut IRAS hasil siasatan mendedahkan bahawa tiada perbelanjaan sedemikian dibuat dan peralatan itu tidak dibeli.

Para pelaku yang disabit membuat penyataan palsu PIC boleh didenda sehingga tiga kali ganda jumlah agihan tunai yang diperolehi secara haram atau didenda sehingga $50,000 dan/atau dipenjara sehingga lima tahun.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan