Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penganjur Maraton Stanchart minta maaf kepada pesakit, doktor yang terjejas oleh penutupan jalan

Penganjur maraton Standard Chartered 2017 hari ini (14 Dis) meminta maaf kepada mereka yang terjejas oleh penutupan jalan semasa acara tersebut yang diadakan pada 3 Disember.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur Maraton Stanchart minta maaf kepada pesakit, doktor yang terjejas oleh penutupan jalan

(Gambar: Maraton Standard Chartered Singapura 2017).

Diterbitkan : 14 Dec 2017 02:47PM Dikemas Kini : 14 Dec 2017 02:51PM

SINGAPURA: Penganjur maraton Standard Chartered 2017 hari ini (14 Dis) meminta maaf kepada mereka yang terjejas oleh penutupan jalan semasa acara tersebut yang diadakan pada 3 Disember.

Isu itu terdedah pada hari Selasa (12 Dis) apabila seorang doktor mengirimkan surat yang diterbitkan dalam akhbar Straits Times. Menurutnya, penutupan jalan "tidak dirancang dengan baik dan membahayakan nyawa".

Dr Chan Wen Yan menyatakan jalan raya di sekeliling Hospital Raffles, yang ditutup dari jam 1.00 pagi hingga 8.00 pagi, "menghalang para pesakit dan doktor untuk masuk ke hospital, walaupun terdapat kecemasan".

Bukan setakat ambulans yang berdepan dengan "masa menunggu yang lebih lama" untuk keluar masuk hospital, malah para pesakit dan doktor juga perlu turun dari kenderaan mereka agak jauh dari hospital dan terpaksa berjalan kaki, katanya.

Menurut Dr Chan, seorang wanita yang bakal melahirkan bayi pramatang, tidak dapat sampai wad bersalin tepat pada masanya sehingga melahirkan bayinya di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) tanpa pakar bidannya, yang terpaksa "berjalan kaki ke hospital dari tempat meletak kereta yang lebih jauh".

Penganjur acara, IRONMAN Asia, menyatakan dalam emelnya kepada Mediacorp bahawa ia sudah berbincang dengan hospital-hospital yang terjejas oleh lencongan jalan itu "untuk mengadakan laluan-laluan alternatif dan akses langsung ke A&E bagi para pesakit, doktor dan khidmat kecemasan."

"Akses masuk ke Hospital Raffles pada pagi itu adalah melalui Rochor Road dari North Bridge Road," kata seorang jurucakap, yang menambah bahawa akses ke hospital juga disediakan bagi semua kenderaan.

"Kami juga memastikan semua laluan dan pusat akses diluluskan oleh pihak hospital selain berkomunikasi dengan mereka sebelum acara maraton menerusi rancangan sandaran dan nasihat trafik," katanya lagi.

TIADA ISU DENGAN PENUTUPAN JALAN - MOUNT ELIZABETH

Mount Elizabeth, sebuah lagi hospital yang terletak di laluan acara larian itu, memberitahu Mediacorp ia tidak terjejas dengan lencongan jalan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Noel Yeo berkata: "Orchard Road kadang-kala ditutup untuk acara lain seperti semasa perayaan Krismas, Chingay dan 'Pedestrian Nights' di Orchard Road, malah untuk pertunjukan fesyen juga."

Beliau menjelaskan bahawa dengan setiap penutupan jalan, hospital akan bekerjasama dengan pihak penganjur dah pihak berkuasa bagi memastikan operasi mereka tidak terjejas.

"Kami juga akan memastikan para pemandu ambulans kami diberi penjelasan secara terperinci tentang laluan-laluan alternatif untuk sampai ke hospital. Kami tidak mempunyai sebarang isu tentang penutupan jalan sejauh ini," tambah Dr Yeo.

IRONMAN Asia menyatakan ia sedang menyemak semula acara lariannya tahun ini dan akan mempertingkat pengalaman keseluruhannya bagi para peserta dan masyarakat umum.

Sebelum ini, para peserta maraton itu juga mengadu tentang pengurusan kurang cekap acara tersebut. Antaranya termasuk masalah dengan aplikasi telefon bijak, pengagihan kurang teratur kemeja T kepada peserta, kurangnya arahan dan panduan daripada kakitangan. Penganjur menyatakan kelengahan berlaku disebabkan "langkah-langkah keselamatan tambahan". 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan