Pengambilan pelajar bagi kursus ijazah jururawat ditambah 50% tahun ini - NUS
Pusat NUS Alice Lee bagi Pengajian Kejururawatan menyaksikan permintaan lebih tinggi bagi kursus ijazah kejururawatan.
SINGAPURA: Pusat NUS Alice Lee bagi Pengajian Kejururawatan menyaksikan permintaan lebih tinggi bagi kursus ijazah kejururawatan.
Ini mendorong NUS menambah jumlah pengambilan pelajar bagi tahun ini sebanyak lebih 50% kepada 235 pelajar.
Walaupun majoritinya adalah dari kaum hawa, sektor kejururawatan Singapura berharap untuk menarik lebih ramai bakat - kedua-dua lelaki dan wanita.
Nisbah pelajar lelaki di kalangan kohort kejururawatan juga meningkat - daripada sekitar 10% pada 2015 kepada 16% tahun ini.
Secara keseluruhannya di Singapura, terdapat peningkatan dalam jumlah jururawat lelaki dan wanita sepanjang sedekad lalu.
Ini walaupun jumlah jururawat wanita masih jauh melebihi lelaki.
Karyawan dalam bidang ini mengatakan, tuntutan pekerjaannya rata-rata tidak mementingkan jenis jantina. Banyak cabang yang boleh diceburi dan tidak pula terhad kepada menjaga pesakit di dalam ward.
Dengan profil penduduk yang semakin tua, Kementerian Kesihatan berharap dapat menarik lebih ramai pelajar dan karyawan dalam peralihan kerjaya, untuk menceburi kerjaya sebagai jururawat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.