Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penerima bantuan TAA bawah 40 tahun makin meningkat

TAA mengagihkan habuan raya bernilai hampir S$800,000 kepada lebih 2,600 penerima tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah penerima bantuan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) yang berusia 40 tahun ke bawah semakin meningkat.

Ia meningkat kepada 18% pada tahun ini berbanding hanya 7% lima tahun lalu.

TAA mengagihkan habuan raya bernilai hampir S$800,000 kepada lebih 2,600 penerima tahun ini.

Daripada 2,600 penerima itu, 18% adalah mereka yang berusia 40 tahun ke bawah.

Siang tadi (17 Jun), seramai 171 orang menerima habuan wang tunai bernilai S$300 setiap seorang di Kelab Masyarakat Eunos.

Baki penerima mendapat habuan masing-masing menerusi GIRO, juga pada hari ini.

Selain menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, TAA juga berkongsi hasil kutipannya dengan enam badan Melayu/Islam setempat seperti Pertapis, Persatuan Muhammadiyah dan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).

Setiap badan menerima S$30,000 di bawah Geran Masyarakat TAA.

Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin, turut hadir di majlis penyampaian habuan untuk mengagih-agihkan duit raya kepada para penerima.

Di majlis itu, Encik Amrin turut menggesa masyarakat supaya memperluaskan jaringan sokongan agar golongan muda juga dapat dibantu.

Ini penting supaya mereka dapat berdikari dan menyara kehidupan mereka sendiri.

"Yang agak membimbangkan, kita melihat ada sedikit peningkatan dari penerima yang agaknya lebih muda; semakin ramai kita lihat. Ini satu perkara yang mungkin menunjukkan yang ekonomi agak muram. Kita harus memantau situasi ini dan harus memastikan bukan setakat memberi habuan tapi memberi mereka sokongan dari segi pekerjaan supaya mereka mendapat berdikari.

"Jadi ini adalah satu keutamaan bagi masyarakat kita dan saya gembira kerana TAA akan memikirkan bagaimana mereka dapat membantu dalam usaha ini," ujar Encik Amrin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan