Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran NS bermula 1 November bagi mereka yang lahir 1 Okt 2000 -1 Jan 2001

Rakyat dan Penduduk Tetap yang dilahirkan antara 1 Oktober 2000 dengan 1 Januari 2001 dikehendaki mendaftarkan diri untuk Perkhidmatan Negara bermula 1 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran NS bermula 1 November bagi mereka yang lahir 1 Okt 2000 -1 Jan 2001

Gambar fail para rekrut NS. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 10:05PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:06PM

SINGAPURA: Rakyat dan Penduduk Tetap yang dilahirkan antara 1 Oktober 2000 dengan 1 Januari 2001 dikehendaki mendaftarkan diri untuk Perkhidmatan Negara bermula 1 November.

Pendaftaran berlangsung sehingga 21 November.

Ia boleh dilakukan secara online di http://www.ns.sg atau datang sendiri ke Podium Pangkalan Tenaga Manusia Pusat (CMPB) di 3 Depot Road.

Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya hari ini (19 Okt).

Mereka yang mendaftarkan diri di CMPB dikehendaki membawa kad pengenalan NRIC atau sijil kelahiran, sijil-sijil pendidikan, sijil kerakyatan (jika ada) dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan dalam notis pendaftaran.

Mereka merancang menundakan NS bagi membolehkan mereka menamatkan pengajian di Singapura boleh melakukannya secara online atau di CMPB. Jika permohonan mereka diluluskan, mereka akan menerima notis lanjutan mengenai tarikh untuk melaporkan diri bagi Perkhidmatan Negara.

Jika seseorang tidak menepati kriteria untuk menundakan NS atau permohonan tidak diluluskan, beliau harus memilih tarikh antara 27 Disember 2017 dengan 3 Februari 2018 bagi pemeriksaan perubatan semasa pendaftaran.

Pemeriksaan di CMPB itu harus dibuat pada tarikh yang ditetapkan antara 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan