Images
  • traffic in singapore cars
    Keadaan lalu lintas di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)

Pendaftaran kenderaan, yuran lain berkaitan kereta dinaikkan mulai 20 Dis

SINGAPURA: Yuran berkaitan kenderaan, termasuk bagi mendaftar dan menukar hak milik, akan dinaikkan bermula 20 Disember ini.

Jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (7 Dis) berkata perubahan pada yuran ini adalah disebabkan "kos lebih tinggi bagi menyediakan khidmat sebegini kepada pemilik/pengguna kenderaan" termasuk hal-hal seperti penyenggaraan sistem IT dan kos tenaga kerja.

LTA akan menaikkan 24 yuran (daripada 61 yang sedia ada) kerana ia "sebahagian besarnya tidak berubah sejak lebih 10 tahun lalu".

Ini termasuk yuran pendaftaran kenderaan, yang akan dinaikkan kepada S$220 (dari S$140) dan yuran tukar hak milik kenderaan, yang akan dinaikkan sehingga S$25 (dari S$11).

LTA juga menggariskan kadar yuran yang disemak dalam kenyataan kepada penjual kenderaan pada 1 Disember.


- CNA/IM/im

Top