Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendaftaran 2 sekolah privet dibatalkan

Jawatankuasa Pendidikan Privet akan mambatalkan pendaftaran bagi Fur & Away School of Pet Stylists dan Stansfield College atas sebab gagal mematuhi peraturan, dan kesemua 21 pelajar dijangka terjejas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran 2 sekolah privet dibatalkan

Gambar Stansfield College yang pendaftarannya dibatalkan mula 19 September. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 09:04AM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 09:08AM

SINGAPURA: Jawatankuasa Pendidikan Privet akan mambatalkan pendaftaran bagi Fur & Away School of Pet Stylists dan Stansfield College atas sebab gagal mematuhi peraturan, dan kesemua 21 pelajar dijangka terjejas.

Laman web Fur & Away menunjukkan bahawa sekolah tersebut, yang terletak di Sembawang menjalankan kursus-kursus dandanan haiwan peliharaan bagi mereka yang ingin menjadi pakar dalam bidang itu. Sekolah tersebut tidak dibenarkan beroperasi mulai 5 Ogos.

Stansfield College, yang terletak di kawasan bandar, menawarkan program diploma dan sarjana muda dalam bidang undang-undang, perniagaan dan ilmu kemanusiaan. Pendaftarannya akan dibatalkan pada 19 September.

Kedua-dua sekolah tersebut perlu memindahkan para pelajar ke kursus yang sama di sekolah-sekolah privet yang lain atau mengembalikan bayaran penuh.

Demikian menrurut kenyataan SkillsFuture Singapore dan jawatankuasa itu semalam (20 Jul).

Jawatankuasa itu dilantik tahun lalu oleh Lembaga SkillsFuture Singapore untuk mengawal sektor pendidikan privet di bawah Akta Pendidikan Privet, dan kedua-dua sekolah itu didapati tidak mematuhi rating kredit minimum bagi peraturan baru yang dikuatkuasakan Oktober tahun lalu.

Rating kredit merupakan sebahagian daripada rangka kerja baru di mana semua institusi pendidikan privet mesti patuhi.

Peraturan baru itu dilancarkan bagi melindungi para pelajar dan meningkatkan ketelusan bagi para bakal pelajar.

Selain memenuhi rating kredit minimum, sekolah-sekolah privet juga harus mematuhi peraturan-peraturan lain. Misalnya, sekolah-sekolah yang menawarkan program sarjana muda harus mempunyai sijil pentauliahan EduTrust selama empat tahun, sementera institusi-institusi baru harus mempunyai modal minimum S$100,000.

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan