Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peminat Lions XII hulur bantuan kepada mangsa banjir Malaysia

Di medan pertempuran, Singa lawan Harimau. Tetapi di masa-masa sukar, Singa kawan Harimau.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Di medan pertempuran, Singa lawan Harimau. Tetapi di masa-masa sukar, Singa kawan Harimau.

Begitulah semangat yang ditonjolkan kelab peminat Exclusive Singapore Lions XII dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di pantai timur Malaysia. Usaha tersebut dilakukan dengan kerjasama Kumpulan Pusat-Pusat Rawatan Islam Joo Chiat.

Diadakan di Blk 547, Pasir Ris Street 51, usaha pengumpulan barangan keperluan khas seperti pakaian, makanan dan lain-lain, menarik sumbangan masyarakat awam yang turut sama berganding bahu. Ia mula dijalankan sejak semalam.

Dua kontena barang-barang makanan kering dan lampin kanak-kanak dihantarkan ke Johor petang tadi.

Ustaz Herman Sudil yang juga penceramah bebas Singapura, turut membantu untuk mengendalikan penghantaran barangan tersebut.

Beliau menjelaskan ia akan dihantar ke pusat-pusat rasmi dan diagihkan kepada mangsa banjir yang amat memerlukan.

Ibarat 'cubit paha kanan, paha kiri terasa juga', moga perpaduan antara Singapura-Malaysia akan terus kukuh. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan