Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin perintis masyarakat Haji Sirajuddin De Silva meninggal dunia pada usia 89 tahun

Para kakitangan MUIS turut menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin perintis masyarakat Haji Sirajuddin De Silva meninggal dunia pada usia 89 tahun

Haji Sirajuddin De Silva. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Encik Sirajuddin De Silva, seorang pemimpin perintis masyarakat meninggal dunia pagi tadi (30 Ogos) pada usia 89 tahun, menurut MUIS dalam satu kenyataan media.

Para kakitangan MUIS turut menyampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergiannya.

Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham dikenali terutama pada zaman pembangunan kawasan Toa Payoh dan beliau memainkan peranan penting dalam pembinaan masjid pertama di bawah Skim Pembangunan Masjid.

Encik Sirajuddin juga merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Persatuan Kebajikan Muslim Toa Payoh Singapura dan juga Majlis Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud.

Kenyataan itu juga mendedahkan bahawa sumbangan Encik Sirajuddin bukan hanya kepada masyarakat Melayu saja malah beliau juga aktif dalam beberapa badan lain seperti Persatuan St John Singapura dan anggota akar umbi kawasan Toa Payoh.

Allahyarham juga pernah diberikan Anugerah Perkhidmatan Awam pada 2001 dan Anugerah Sukarelawan Cemerlang Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Sukan (MCDS) pada tahun 1996. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan