Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin Melayu kecam serangan London, luah rasa dukacita

Pemimpin-pemimpin Melayu Singapura mengutuk serangan pengganas di London dan meluahkan rasa dukacita atas kejadian itu, yang membunuh beberapa orang dan mencederakan 29 yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin Melayu kecam serangan London, luah rasa dukacita

Rakaman dari helikopter ITN menunjukkan kakitangan kecemasan di tempat kejadian serangan pengganas di bangunan parlimen di London. (Gambar: HO / ITN / AFP)

SINGAPURA: Pemimpin-pemimpin Melayu Singapura mengutuk serangan pengganas di London dan meluahkan rasa dukacita atas kejadian itu, yang membunuh beberapa orang dan mencederakan 29 yang lain.

Kumpulan pengganas ISIS sudahpun mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan maut itu.

Sambil melahirkan rasa sedih, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata beliau berharap tujuh mangsa yang masih dalam keadaan kritikal dalam serangan tersebut akan segera sembuh dan dapat bertemu lagi dengan orang-orang tersayang mereka.

"Kami tabik ketegasan rakyat Britain dan berikrar #WeAreNotAfraid (Kami tidak takut)," tulis Encik Masagos dalam catatan di Facebooknya hari ini (23 Mac).

Encik Masagos berkata sedang Singapura mengecam serangan-serangan tidak masuk akal sedemikian, rakyat negara ini juga harus mempertingkatkan daya tahan sebagai sebuah negara.

"Perdana Menteri mengumumkan hujung minggu lalu tentang penubuhan 'Pasukan Tindak Balas dan Bantuan Kecemasan Insani' (HEART), yang terdiri daripada para ahli psikologi dan kaunselor yang akan membantu untuk melengkapi para pemimpin akar umbi dan relawan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk membantu para penduduk mengharungi trauma psikologi berhubung serangan pengganas.

"Secara peribadi, setiap daripada kami harus menetapkan matlamat untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa, seperti belajar memberikan rawatan CPR dan menggunakan alat AED untuk serta merta membantu menyedarkan sesiapa yang mungkin memerlukan bantuan kami dalam keadaan seperti itu," kata beliau.

“#masagos saddened to hear of the brutal attack in London that has taken the lives of three innocent victims, one was a...

Posted by Masagos Zulkifli on  Thursday, 23 March 2017

Setiausaha Parlimen, Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin turut mengutuk serangan London itu dan berkata "ingatan dan doa kami bersama para mangsa dan keluarga mereka."

Encik Amrin dalam catatan Facebooknya menukil kenyataan Perdana Menteri Theresa May di Parlimen Britain semalam: "Kami semua akan melangkah ke hadapan bersama-sama, dan tidak sekali-kali tewas pada pengganasan dan tidak sekali-kali membiarkan suara-suara kebencian dan kejahatan memecah-belahkan kami."

"Seperti kata PM May: kita tidak harus sekali-kali tewas pada pengganasan dan tiada tempat bagi suara-suara kebencian dan kejahatan - tidak di Britain, tidak di Singapura, atau di mana-mana sahaja!" tulis Encik Amrin.

Beliau menambah bahawa "para pegawai keselamatan kami sanggup membahayakan diri untuk memastikan kami selamat -tiap-tiap hari di garisan hadapan semasa menjalankan tugas."

Serangan di hadapan parlimen Britain di Westminster itu meragut tiga nyawa iaitu dua orang awam, seorang pegawai polis selain si penyerang sendiri serta mencederakan puluhan orang, tujuh daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Si penyerang merempuh beberapa orang dengan keretanya di laluan jalan kaki di Jambatan Westminster, lalu merempuh keretanya di jalan susur di luar parlimen dan cuba memasuki bangunan itu, kemudian menikam seorang pegawai polis, sebelum ditembak mati polis.  

I condemn the London attack. Our hearts and prayers are with the victims and their families.'We will all move forward...

Posted by Amrin Amin on  Thursday, 23 March 2017
Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan