Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemimpin Gereja City Harvest Kong Hee mula jalani hukuman penjara 3.5 tahun hari ini

Pemimpin Gereja City Harvest Kong Hee dan empat lagi yang disabit kesalahan menyalahgunakan dana sebanyak $50 juta dari para pengikut dijangka menyerah diri hari ini (21 Apr) di Mahkamah Negara 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Apr 2017 10:57AM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 10:42PM

SINGAPURA: Pemimpin Gereja City Harvest Kong Hee dan empat lagi yang disabit kesalahan menyalahgunakan dana sebanyak $50 juta dari para pengikut dijangka menyerah diri hari ini (21 Apr) di Mahkamah Negara untuk mula menjalani hukuman penjara mereka, dari tujuh bulan hingga ke tiga tahun setengah.

Hukuman penjara bagi Kong, 52 tahun, dikurangkan dari lapan tahun kepada tiga tahun setengah pada 7 April oleh Mahkamah Tinggi. Hukuman ke atas lima rakannya juga dikurangkan.

Mereka, kecuali Chew dijangka mula menjalani hukuman penjara hari ini.

Hukuman Chew dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk dikekalkan sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan tentang undang-undang yang didakwa ke atas dirinya dan rakan-rakannya.

Menurut Chew, dia merancang untuk membawa kes itu ke mahkamah tinggi dan penangguhan tersebut memberikan masa dan sumber-sumber yang diperlukan untuk membela dirinya.

Kesemua enam individu disabit kesalahan pada tahun 2015 setelah dibicarakan selama 140 hari dan dijatuhi hukuman penjara antara 21 bulan dengan lapan tahun.

Semuanya mengemukakan rayuan begitu juga pihak pendakwa. Pada 7 April 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan keenam-enam mereka disabit kesalahan dengan hukuman dikurangkan.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan