Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah tambah bekalan tanah bagi perumahan privet dalam separuh kedua tahun ini

Pemerintah mengumumkan hari ini (29 Jun)  Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh kedua 2017. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2017 05:18PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 09:23PM

SINGAPURA: Pemerintah mengumumkan hari ini (29 Jun) Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh kedua 2017. Ia terdiri daripada enam tapak tanah yang berada dalam Senarai Disahkan dan 10 yang lain dalam Senarai Simpanan. Tapak-tapak tanah itu boleh menghasilkan sehingga 8,125 unit rumah privet 83,590 meter persegi (GFA) ruang komersil.

Secara keseluruhan, bekalan sebanyak 8,125 unit bagi separuh kedua program GLS itu lebih tinggi daripada bekalan separuh pertama tahun ini sebanyak 7,456 unit.

"Memandangkan permintaan bagi rumah privet baru dari para pembeli rumah terus meningkat pada separuh pertama 2017, jumlah unit yang belum terjual pula berkurangan. Maka itu, perlunya untuk menyuntik bekalan lebih besar melalui Program GLS bagi memastikan ada cukup bekalan kediaman privet yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk," menurut Kementerian Pembangunan Negara dalam satu kenyataan media.

Senarai yang disahkan terdiri daripada empat tapak perumahan privet (termasuk Kondominium Eksekutif) dan dua bidang pembangunan komersil dan perumahan yang boleh menghasilkan 2,840 unit rumah privet dan 26,800 meter persegi ruang komersil.

Sehingga kini, tender bagi tiga kawasan yang disahkan sudah ditawarkan dan dua lagi tapak dalam senarai itu dilancarkan untuk dijual dalam separuh pertama tahun ini. Bidang tanah dalam senarai simpanan di Stiling Road juga sudah dijual sementara tapak di Beach Road akan dijual menjelang bulan September.

Tapak tanah di Owen Road yang pada asalnya dijadual dijual melalui senarai simpanan pada bulan Jun dibatalkan bagi memudahkan semakan dibuat terhadap pelan pembangunan di kawasan itu. Sebanyak tujuh bidang tanah - lima bagi pembangunan perumahan dan satu projek pembangunan bercampur dan sebuah lagi tapak komersil masih kekal dalam senarai simpanan dan ditawarkan pada separuh kedua.

Senarai simpanan separuh kedua mengandungi sembilan bidang tanah bagi pembangunan perumahan privet dan sebuah tapak komersil. Ia boleh menghasilkan 5,285 unit kediaman privet dan 56,790 meter persegi ruang komersil, kebanyakkannya bagi penggunaan pejabat.

Bekalan 2,840 unit dalam senarai disahkan lebih tinggi berbanding 2,330 unit pada separuh pertama tahun ini manakala bekalan unit 5,285 dari senarai simpanan hampir sama dengan 5,135 unit pada separuh awal tahun ini.

Bidang tanah di bawah senarai simpanan termasuk di Woodlands Square bagi pembangunan bercampur, kebanyakannya bagi penggunaan pejabat.  

Sumber : Today/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan