Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembelian dari perusahaan sosial semakin meningkat di S'pura

Lebih ramai orang kini sedar tentang perusahaan sosial justeru membeli barangan atau khidmat sedemikian, berbanding enam tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembelian dari perusahaan sosial semakin meningkat di S'pura

Salah satu perusahaan sosial Edible Garden City.. (Gambar: Edible Garden City/Facebook)

Diterbitkan : 25 Oct 2016 08:57PM Dikemas Kini : 25 Oct 2016 09:00PM

SINGAPURA: Lebih ramai orang kini sedar tentang perusahaan sosial justeru membeli barangan atau khidmat sedemikian, berbanding enam tahun lalu.

Namun, perusahaan sedemikian masih belum mencatat kejayaan untuk menukar tabiat bukan pembeli dengan jumlahnya kekal tidak berubah

Membaiki peralatan elektrik rosak daripada dibuang.

Diharap lebih ramai orang akan melakukannya di bawah satu program bagi mengurangkan barang buangan.

Ia disokong oleh perusahaan sosial Sustainable Living Lab, yang melaporkan lebih banyak minat dalam program sedemikian.

Peningkatan minat dicerminkan menerusi satu tinjauan hampir 2,000 orang, baru-baru ini.

Dapatan dimaklumkan semasa satu persidangan anjuran Pusat Singapura bagi Perusahaan Sosial (raiSE).

65 peratus yang ditinjau tahu akan perusahaan sosial dan boleh mengenal pastinya.

Pada tahun 2010, hanya 13 peratus yang ditinjau boleh berbuat demikian.

22 peratus membeli daripada perusahaan sosial, pada tahun 2010.

Ia meningkat kepada 35 peratus, tahun ini.

Tetapi, peratusan golongan bukan pembeli kekal tidak berubah yakni 23 peratus pada tahun 2010 dan tahun ini.

Bagi golongan ini, dua sebab utama adalah mutu serta kos, menandakan bahawa nilai yang ditawarkan perusahaan sosial perlu dipertingkat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Sosial Tharman Shanmugaratnam berkata peluang-peluang harus dimaksimumkan untuk kerjasama antara perusahaan sosial dan pihak pemerintah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan