Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembekal mesin aiskrim didenda kerana buat tuntutan palsu bagi PIC

Seorang pengarah syarikat dan firmanya Robofusion Asia, yang membekalkan mesin-mesin robot aiskrim, disabit kesalahan hari ini (27 Apr) kerana memberikan maklumat palsu semasa membuat tuntutan bagi skim Kredit Daya Pengeluaran dan Inovasi (PIC).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembekal mesin aiskrim didenda kerana buat tuntutan palsu bagi PIC

IRAS (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 10:09PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 10:10PM

SINGAPURA: Seorang pengarah syarikat dan firmanya Robofusion Asia, yang membekalkan mesin-mesin robot aiskrim, disabit kesalahan hari ini (27 Apr) kerana memberikan maklumat palsu semasa membuat tuntutan bagi skim Kredit Daya Pengeluaran dan Inovasi (PIC).

Mahkamah mengarahkan Yong Tai Kok supaya membayar penalti $120,000 serta denda $4,000. Manakala Robofusion perlu membayar $60,000 yang merupakan jumlah yang diperolehi secara haram, kata Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (IRAS).

Siasatan menunjukkan Yong menggunakan nama dua orang yang bukan kakitangan Robofusion dalam borang permohonan PIC bertarikh 23 Mei 2013.

Syarikat itu juga menyumbang ke dalam akaun CPF supaya kedua-dua nama itu kelihatan seperti kakitangan tempatan Robofusion.

Untuk sesebuah syarikat melayakkan diri bagi PIC, yang dikendalikan oleh IRAS, ia mesti menggajikan sekurang-kurangnya tiga pekerja tempatan.

Di bawah skim itu, perniagaan boleh menerima pengurangan cukai atau agihan wang tunai kerana melabur untuk mempertingkat daya penghasilan dan inovasi.

Dalam kes ini, agihan wang tunai PIC kepada Robofusion adalah untuk gerai baru aiskrim yang berharga $93,000 serta "Lesen Sofwe dan Pelaksanaan Sistem Pembayaran Tanpa Tunai dan Integrasi Kiosk Pembayaran" yang berharga $14,980.

Jumlah wang tunai PIC yang diperolehi secara haram adalah sebanyak $60,000, menurut IRAS.

IRAS menyatakan ia memandang serius sebarang percubaan oleh penuntut bayaran, pembekal atau perunding cara untuk menipu pemerintah.

"Mereka yang disabit kesalahan perlu membayar denda sehingga empat kali ganda jumlah wag tunai yang diperolehi secara haram dan didenda sehingga $50,000 dan/atau dipenjara sehingga lima tahun," menurut IRAS.

Ia menambah, perniagaan atau individu digalakkan untuk segera mendedahkan sebarang kesalahan cukai yang pernah dibuat kerana ia boleh dijadikan faktor mengurangkan denda sekiranya IRAS menimbangkan untuk mengambil tindakan.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan