Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemantau Hak Asasi Manusia gesa S'pura longgarkan kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun

Undang-undang Pemerintah Singapura yang menyekat sebarang kritikan dan perhimpunan aman adalah terlalu luas dan menjadikan negara itu sebuah tempat yang menambahkan lagi tekanan tentang apa yang boleh dikatakan dan diterbitkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemantau Hak Asasi Manusia gesa S'pura longgarkan kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun

Gambar fail: Diane Leow

Diterbitkan : 13 Dec 2017 11:29PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:47PM

SINGAPURA: Undang-undang Pemerintah Singapura yang menyekat sebarang kritikan dan perhimpunan aman adalah terlalu luas dan menjadikan negara itu sebuah tempat yang menambahkan lagi tekanan tentang apa yang boleh dikatakan dan diterbitkan.

Demikian menurut Pemantau Hak Asasi Manusia antarabangsa Human Rights Watch (HRW) hari ini (13 Dis).

Dalam laporannya yang pertama mengenai Singapura dalam masa 12 tahun, kumpulan tersebut menggesa Pemerintah agar meminda atau memansuhkan undang-undang serta peraturan yang menghalang hak kebebasan bersuara dan berhimpun.

HRW juga menyeru Pemerintah agar menarik balik semua pendakwaan terhadap individu-individu berhubung ucapan dan perhimpunan aman.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura tidak memberikan sebarang komen mengenai laporan tersebut. Pemerintah berpendirian bahawa peraturan dan undang-undang Singapura diperlukan untuk memastikan ketenteraman awam dan harmoni.

Pejabat Peguam Negara Singapura sudah memulakan proses penghinaan mahkaman terhadap anak saudara perdana menteri dan pihak berkuasa juga memulakan prosiding terhadap aktivis hak asasi manusia yang menganjurkan bantahan tanpa permit.

"Di balik bangunan tinggi, ia merupakan sebuah tempat yang menindas, di mana Pemerintah menyekat apa yang boleh dikatakan, diterbitkan, dipersembahkan, baca atau tonton," menurut laporan setebal 133 muka surat itu.

"Singapura mempromosikan diri sebagai negara yang moden dan tempat yang baik untuk berniaga, tetapi rakyatnya yang hidup dalam negara yang mengangkat diri sebagai demokrasi tidak sepatutnya takut untuk mengkritik pemerintah dan bersuara mengenai isu-isu politik," menurut Timbalan Pengarah Asia Phil Robertson.

Justeru, HRW menyeru Pemerintah Singapura untuk meminda atau memansuhkan secara keseluruhan undang-undang yang menurutnya amat luas dan digunakan untuk "memberkas, menekan, dan mendakwa suara-suara kritikal," termasuk Akta Hasutan dan Akta Ketenteraman Awam.

Laporan tersebut berdasarkan wawancara bersama para aktivis masyarakat, wartawan, peguam, ahli akademik dan anggota parti politik pembangkang, yang kebanyakannya tidak ingin dikenali "kerana takut atas tindakan yang akan diambil," menurut kumpulan tersebut.

Lewat bulan lalu, pihak berkuasa Singapura mendakwa aktivis hak asasi manusia Jolovan Wham kerana menganjurkan bantahan awam tanpa permit polis.

Pada Ogos pula, Pejabat Peguam Negara Singapura memulakan prosiding mahkamah terhadap Li Shengwu, cucu pengasas negara, berhubung catatannya di Facebook yang mengkritik Pemerintah dan sistem kehakiman Singapura.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan