Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi diberkas kerana pecahkan cermin depan 2 kereta dengan lontar batu

Seorang pemandu teksi berusia 61 tahun ditangkap kerana didakwa melempar batu kecil ketika memandu sehingga mengakibatkan cermin depan dua kereta yang tidak bergerak, pecah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi diberkas kerana pecahkan cermin depan 2 kereta dengan lontar batu

Batu-batu yang dilempar. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 03:42PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 03:46PM

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi berusia 61 tahun ditangkap kerana didakwa melempar batu kecil ketika memandu sehingga mengakibatkan cermin depan dua kereta yang tidak bergerak, pecah.

Satu beg mengandungi batu kecil ditemui dalam kenderaannya ketika dia ditangkap, demikian menurut satu kenyataan polis hari ini (19 Nov).

Pemilik-pemilik kereta terjejas membuat aduan polis pada Khamis lalu (16 Nov) antara jam 10.00 dengan 11.20 malam. Mereka tidak mengetahui punca kerosakan pada kereta mereka yang diletakkan di Foch Road dan Desker Road.

Pemandu teksi itu ditahan pada jam 2.20 pagi di Hougang Avenue 3 semalam (18 Nov). Siasatan awal mendapati bahawa dia juga melempar batu kecil dari kenderaannya dalam beberapa insiden lain, demikian menurut polis.

Siasatan terhadap pemandu teksi itu masih dijalankan. Jika didapati bersalah atas tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga S$2,500. 

Sumber : CNA/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan